terkini dan sensasi

Ahad, 15 April 2018

Sokong anak² bersukan

Assalamualaikum...(^ ^)

Inilah sebabnya Mas tak dapat nak sertai Bengkel Videofon KBBA9 tu, rasa ralat jugak. Yelah ilmu yang berguna tu, dahlah Mas ni kurang pandai bab² edit video dekat telefon. Takpelah demi anak² kan, nanti boleh baca perkongsian rakan² KBBA9 yang pergi. 


Berbalik pada sukan sekolah Arfan dan Airis, mula² agak keberatan jugak nak pergi. Sebabnya husband kerja, jadi Mas yang terpaksa kawal 4 orang anak seorang diri. Nasiblah ada kakak Atikah yang boleh bantu, maka Mas gagahkan diri pergi. 9.30 pagi jugak baru sampai sekolah, nak keluar awal jangan haraplah sebab banyak hal nak kena selesaikan dulu. 

Sampai sekolah cuaca agak panas, Mas cari dulu port lepak bawah pokok. Bawak anak kecik kan, memang perlukan tempat yang teduh. Masa sampai tu Airis dah habis acaranya, tak sempat nak tengok. Dengar dia cerita jelah, sedih jugak sebab tak dapat bagi sokongan. Takpe janji Mas dah datang, itu dah cukup buat dia gembira. Tapi sempat jugaklah tengok Arfan masuk acara sukaneka, dapat jugaklah mama dok sorak jerit tepi padang tu. Hahahaa terover pulak akak!



Walaupun anak² tak menang acara tu, Mas tetap sokong dan ucap tahniah pada mereka. Bagi semangat sikit supaya mereka tak sedih, janganlah marah pulak kan kalau anak² kalah. Sokongan kita yang penting buat anak², mereka nampak kita datang pun mereka dah seronok. Tak menang acara pun mereka tak sedih dah! 

Tapi di sebalik keseronokan tadi Mas cuma terkilan dengan sikap seorang guru ni, berlaku depan mata Mas. Masa tu Arfan nak ambik makanan, sekali cikgu tu herdik dia. Siap cakap awak ni asyik makan je, tolong cikgu malas. Haihhh panas hati Mas tengok sebenarnya, tapi malas nak buat onar kat situ. Ikutkan hati memang geram tengok anak sendiri kena marah, padahal dia dah buat macam² cikgu tu suruh sebelum makan. Lainlah kalau dia tak buat apa² langsung. 


Sikap camnilah yang Mas tak gemar tengok, cikgu ni seolah pergunakan murid². Nak rumah sukan kau menang kerah murid² buat macam², tapi tak hargai pertolongan anak murid tu. Patutnya cikgu terapkanlah semangat kesukanan tu serta saling menghargai bila dah berjaya. Malulah sikit bersikap camtu depan ibu bapa kan? Mas nak seronok tengok anak² sukan tapi lain pulak jadinya! Yang lain Mas seronok je dapat bagi sokongan kat anak², cuba sikap cikgu tu rosakkan mood sikit.

2 ulasan:

  1. last part tu saya pun bengang juga mas, kenapa nak marah anak.murid smpi mcm tu, tak bagus betul sikap cikgu tu, betul tindakan mas hadiri event anak2 utk sokong mereka, takpe next time ada rezeki utk join event kbba pulak kan

    BalasPadam
  2. Family first kak mas.. actually memang ada pun cikgu yang suka sound murid depan orang..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com