terkini dan sensasi

Ahad, 1 April 2018

Tamat cuti, esok kerja!

Assalamualaikum...(^ ^)

Pertama sekali nak syukur sangat sebab dapat peluang cuti tanpa gaji menjaga anak selepas cuti bersalin 3 bulan. Walaupun syok dan seronok cuti 6 bulan tapi lega sebab dapat susukan Aiyra secara eksklusif selama 6 bulan dengan susu badan sepenuhnya, haaa bukan syok² cuti je. Sekarang Aiyra dah makan, tapi Mas tetap teruskan beri dia susu badan sehingga umurnya 2 tahun.

Esok bermulalah rutin Mas kembali bekerja, keluar seawal jam 6 pagi dan tiba di rumah sebelah petang pada jam 6 petang. Walaupun dalam hati rasa malasnya nak kerja, yelah dah syok jadi suri rumahtangga 6 bulan kan. Tapi demi tanggungjawab, amanah dan cari rezeki untuk anak² Mas kena kerja. Takpelah kan, Allah dah bagi Mas peluang 24 jam dengan anak² selama 6 bulan. Lepas ni terhad sikitlah masa, malam dan hari minggu kena lebihkan sikit masa dengan mereka. 


Hari ni memang agak kelam kabut jugaklah, sebab pagi tadi dah hadiri bengkel anjuran KBBA9. Sampai rumah dah petang, urus itu ini dan nak siapkan semua untuk esok. Yelah kena siapkan apa yang patut sebelah malam sebabnya nak tidur awal, esok jam 4 pagi dah nak bangun. Nak masak bubur Aiyra, nak buat sarapan, nak mandi dan bersiap, tepat pukul 6 pagi dah kena keluar. Urusan mandikan Aiyra serta hantar dia ke taska dan hantar anak² lain ke sekolah memang tugas babah. Mas cuba siapkan bekalan susu, bubur dan beg Aiyra 

Fuhhh memang tak menang tangan dan rasa tak cukup masa je bila dah mula kerja ni, semua kena uruskan dengan sistematik. Mana yang boleh sediakan sebelah malam, Mas akan buat siap². Esok paginya takdelah kelam kabut kan? Cuti 6 bulan pun tetap tak cukup masa dan tidur jam 12 tengah malam, dah kerja ni pun sama!

Jadi Mas seronok je lalui semua tu walaupun rasa penat, tapi bila balik tengok muka anak² sedikit sebanyak penat tu hilang! Ok nak siapkan banyak kerja ni, esok nak masuk ofis dah!

2 ulasan:

  1. selamat kembali bekerja sis :)

    BalasPadam
  2. good luck kak mas,moga urusan di permudahkan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com