terkini dan sensasi

Sabtu, 12 Mei 2018

Baju raya dah siap!

Assalamualaikum...(^ ^)

Cerita pilihanraya biarlah Mas tutup ye, kita doakan Tun Mahathir yang banyak pengalaman tu mampu mentadbir negara ke arah yang lebih baik. Kita doa yang baik² je!

Ni nak cerita pasal baju raya pulak sebab lagi beberapa hari kita nak puasa kan? Belum puasa dah sibuk cerita pasal raya ke, alahhh tak salah pun. Buat persiapan awal ni lagi bagus, nanti dah puasa boleh kita tumpukan pada amal ibadat je. Macam Mas baju raya untuk Mas + 3 anak gadis dah siap, hari tu Mas ada cerita hantar tempah je baju raya kali ni. Tak sangka pulak sebelum raya dah siap semuanya! 


Dah lega satu perkara, cuma tinggal nak beli baju raya untuk husband dan Arfan je. Mereka pilih nak kurta tahun ni, senang dan ringkas. Dah tengok dah kedai online, ada jugak yang Mas berkenan dan harga pun berpatutan. Tapi belum tunjuk kat husband lagi, kang tetiba dia tak berkenan pulak jadi wajib suruh dia tengok dulu. Sebab husband Mas ni cerewet sikit bab pemilihan baju raya, susah sangat nak berkenan dengan pilihan Mas. 

Pastu nak shopping baju raya yang lain untuk anak² kena tunggu baki bonus RM500 tu, dah dapat bolehlah pergi beli. Tahun ni tak bercadang lagi nak beli kat mana, kena cari tempat yang ada buat jualan. Yelah, anak dah 4 orang kan jadi Mas kena lebih berjimat cermat. Dapat beli sorang 2 helai seluar dan 2 helai baju pum dah memadai. Kalau Tun M nak tambah bonus raya tu barulah boleh beli lebih, hahahaa mana tau kan?

Bajet pulak biasanya Mas tak letak tinggi sebab takut terlebih shopping, cukuplah RM500 je. Kalau tak cukup barulah Mas tambah kemudian, bukannya apa kalau letak RM1k pasti dok nak beli macam². Memanglah nampak tak cukup RM500 tu, tapi kalau Mas cari kedai jual harga murah dan bukan berjenama pasti akan cukup. Kena belanja berhemah jugak walaupun GST akan dihapuskan!

6 ulasan:

  1. saya pun suka shopping raya sebelum masuk bulan puasa.tak serabut and penat.ahaks

    BalasPadam
  2. kita punya pun dah siap cuma tak amik kat tailor je lagi heee

    BalasPadam
  3. Senangnya dah siap awal-awal kan..
    Kalau kita anak-anak dah besar, bagu je duit, pandai le cari sendiri, kalau baju raya pertama aje beli sedondon ...

    BalasPadam
  4. biasa Lynda shopping masa awal puasa. selalu pun beli baju siap je. anak-anak dgn suami pun

    BalasPadam
  5. saya baru plan nak cari kain minggu pertama puasa, huhuhu

    BalasPadam
  6. pergh siap dah, nad baru nak survey..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com