Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 Mei 2018

Dia nak kan perhatian!

Assalamualaikum...(^ ^)

Lama dah tak cerita pasal buah hati manja sorang ni, si kakak Airis. Makin bijak, makin banyak mulut dan yang paling ketara makin banyak perangai sejak ada adik ni. Mungkin dia rasa perhatian untuk dia dah berkurangan, itu yang dia buat perangai. 

Mas dan husband tak pernah pun sisihkan dia, sama jugak kakak dan abangnya. Tapi biasalah bila ada anak yang kecik, perhatian tu akan lebih kepada Aiyra. Kakak abang takdelah nak buat perangai, dah besar kan. Lagi pun cara Mas bagi perhatian pada yang besar ni lain, Mas lebih suka borak² bila waktu lapang atau tengah tengok TV. Tapi untuk Airis ni kena bagi perhatian lain sikit, sebab dia masih anggap dirinya baby mama. Hehehee tak boleh blah Airis ni! 


Jadi Mas kena buat benda yang sama Mas buat kat Aiyra kat dia jugak, kalau tak nanti dia cakap mama tak sayang dia. Misalnya kalau cium adik 2 kali, kena cium dia 2 kali jugak. Lagi satu kalau mama cakap adik wangi kena cakap camtu jugak kat dia, nanti tak pasal merajuk. Pastu kalau pagi babahnya mandikan adik mesti kena mandikan dia jugak, tak mau dia mandi sendiri. Haaa kami layankan je supaya dia tak rasa disisihkan dan ingat kami tak sayang dia dah. 

Pastu sekarang ni dia dah tidur dengan kakak Atikah, nak tidur dengan mama babah memang tak muat katil dah. Jadi kadang tu kalau husband kerja syif malam, dia sibuklah nak tidur dengan Mas. Kalau Mas saja cakap tak boleh terus dia cakap, "Alaaa Airis rindu nak tidur dengan mama!" Huwaaa sebak ai tau, teruslah ajak tidur sebelah. Biar dia lepaskan rindu nak tidur dengan mama, hehehee! Biarlah kan, orang lama takde adik jadi manja tu terlebih sikit.


Tapi bagi Mas biarlah keadaan camni berterusan selagi anak² nak bermanja dan nak perhatian kita. Bila mereka dah besar susah dah kita nak rasa saat tu, sebab anak² dah lebih berdikari. Cuma kena jugak cipta satu moment manja² tu, supaya ia tetap kekal. Misalnya main games sama² ke, borak² sambil gelak² ke, masak sama² ke dan buat banyak aktiviti bersama. Haaa buat benda camtu pun kita tetap boleh manja² dan beri perhatian pada anak²!

3 ulasan:

  1. Biasalah..budak2. Mmg perasaan nak d beri perhatian je... kdg2 mereka menjerit tak tentu pasal pun sbb nak perhatian dr kita.

    BalasPadam
  2. salam..
    hi kak mas..yaya singgh n folw sini sekali..
    bru perasan xfollow lagi.huhu

    BalasPadam
  3. Pandai lak nak tidor ngan masa bila abah kerja yer

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com