Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 14 Mei 2018

Fikir² menu berbuka

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh makin panas sejak Tun jadi PM ni, ramai dah yang letak jawatan dan bakal disarakan. Takpe kita tengok je, Tun tahu apa yang dia lakukan. Moga lepas ni kerajaan kita bertambah stabil kan?

Laaa ni Mas nak cerita pasal nak puasa pulaklah, lagi 2 hari je nak puasa. Tak sabar betul rasa, bulan mulia yang paling dinantikan. Bila masuk puasa ni Mas sebagai ibu bekerjaya ni mulalah pening nak fikir juadah berbuka, hari ni je dah dok fikir menu apa nak makan sahur pertama dan buka puasa pertama. Tanya anak² macam biasalah, sahur nak nasi goreng. Pastu buka puasa mereka tak kisah makan apa pun, janji mama yang masak!


Alahhh mama yang pening nak fikir menu, laaa ni dok belek² Instagram. Tengok menu² tahun lepas dan tahun sebelumnya, bolehlah jadikan menu pilihan. Setahun sekali je masak sedap² gitu, jadi kalau masak lagi sekali tak semesti rasa sama. Lagi pun Mas ni masak ringkas² je, biasa makan untuk berbuka. Sahur tak lalu dah makan lauk berbuka, goreng telur ngan ikan bilis je lauk paling best. 

Kalau dah bosan masak lauk pauk makan dengan nasi, Mas buatlah Nasi Goreng ke atau Bihun Goreng. Sekali sekala ubah selera, makan nasi tiap hari bosan jugak. Atau pun ada lebih rezeki bawak anak² makan kat luar, 2-3 kali bolehlah kan? Nak selalu tak mampulah, anak ramai kos pun bertambah jugak! 

Haaa korang dah fikir ke juadah sahur dan berbuka pertama? Biasalah yang pertama tu nak lah istimewa sikit kan, pastu hari seteruanya menu biasa² je. Janji perut kenyang dan tak membazir tau!

3 ulasan:

  1. Samalah kita.. . Sahur tetap makan nasi. Semoga puasa kali ni memberi manfaat buat kita semua

    BalasPadam
  2. Sebulan sekali je kos mkn kt luar kalau ada rezeki lebih...kalau tak berbuka masak simple2 mcm kak mas je...lg pun sahur pun makan kurma dgn air masak byk2 tu je kak. Selamat berpuasa ye sis

    BalasPadam
  3. haaah.. dok pikir2 juga menu bukak posa nih ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com