Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 24 Mei 2018

Hutang tetap hutang

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas bukan nak ulas panjang lebar pasal isu bayar hutang PTPTN tu, kang tulis lelebih ada pulak yang dok panas hati. Bagi Mas senang je, apa keadaan sekali pun hutang tetap hutang. Wajib dilangsaikan sebelum korang tutup mata, berat hukum kalau abaikan hutang ni.


Mas dulu bila dapat je kerja, perkara pertama yang difikirkan nak bayar hutang pinjaman pelajaran. Walaupun gaji pokok sikit tapi Mas tak nak jadikan alasan untuk tangguh buat pembayaran. Mas bincang dengan pihak Yayasan Pahang, mintak nak bayar RM100 sebulan sebab itu je yang termampu.

Alhamdulillah, mula bayar tahun 2003 dan selepas 5 tahun hutang sebanyak RM6000 habis dibayar. Masa tu gaji pokok Mas baru RM900, campur elaun semua dapatlah RM1k lebih sebulan. Tapi hutang tetap Mas dahulukan, takde nak culas membayar. Takde nak tunggu gaji dah RM4k baru terhegeh² nak bayar, boleh selesaikan awal kita selesaikan. Sikit² lama² habislah!

Jadi pada peminjam PTPTN tu tak perlulah nak tunggu gaji dah RM4k baru nak bayar, sebab lagi besar gaji lagi banyak tanggungan. Memanglah kerajaan dah luluskan tapi pokok pangkal pada kita sendiri, pandai hutang pandailah bayar. Tak mampu bayar banyak, RM100 sebulan pun dah memadai. Nak senang buat potongan gaji terus, haaa lagi mudah camtu. Tau² dah habis bayar separuh dari pinjaman, sedar tak sedar je kan?

Kerajaan tu bagi cadangan je untuk ringankan beban kita tapi bab uruskan kewangan sendiri kitalah kena pandai. Abaikan dulu kehendak tu, utamakan keperluan dan hutang. Insya Allah pasti cukup kalau kita dahulukan yang wajib tu!

4 ulasan:

  1. alhamdulillah, dah setel bayar awal tahun lepas..

    BalasPadam
  2. setuju, kdg2 org suka endah tak endah dgn hutang ni..

    BalasPadam
  3. kannn,kena pikir gak hukum agama dalam kehidupan kita baru namanya bukan sekadar Islam pada nama,Alhamdulillah sue belajar tak de hutang huhuuu...lega sangat2,bukan mak bapak kaya tapi nak "belaan" MARA hehehehe

    BalasPadam
  4. Betul, hutang tetap hutang. Dah pinjam bayar lah. Lagi pun kalau semua pakat pinjam tak bayar, mana nak mai duit utk bg student dimasa depan plak pinjam?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com