Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Mei 2018

Sekali berbuka di luar

Assalamualaikum...(^ ^)

Dek kerana buntu betul nak masak apa semalam, Mas dan husband ambik keputusan berbuka kat luar je. Husband kata sekali sekala bagi Mas cuti masak, hehehee! 

Mula² nak makan masakan panas je, tapi kedai yang biasa pergi tu tak buka pulak. Jadi Mas serahkan je kat husband nak makan kat mana, dia pun carilah restoran yang ada bufet murah². Dia tanya Mas, "Nak makan Nasi Arab tak?" Katanya ada bufet murah serendah RM19.90 sekepala di Cyberjaya. Mas ikut jelah, memang jenis tak memilih.


Restoran Al-Mehran jadi pilihan kami, bufet yang disediakan ada pilihan Nasi Briyani, Nasi Arab Kambing dan Nasi Arab Ayam. Ada jugak pilihan buah-buahan, kuih muih dan hidangan sampingan yang lain. Air sirap dan buah kurma diberi percuma. Bagi Mas berbaloilah dengan harga RM19.90 sekepala, puashati dan kenyang sangat. Pastu anak² nak Nan Cheese, ambiklah 2 keping. Yang ni tak termasuk dalam bufet tau, kalau nak air lain pun dikenakan harga lain. 

Semuanya kami kena RM92 untuk 5 orang, haaa lepas belanja masak untuk 3 hari tu. Tapi takpelah, bagi Mas murah dah tu. Janji anak² makan kenyang dan gembira dapat berbuka di luar dah memadai. Sekali atau 2 kali bolehlah, nak selalu memang tak mampu. Jadi bila sekali sekala nak makan di luar memang Mas pilih bufet Ramadan yang murah camni.

Lagi pun kalau pilih makan bufet kat hotel yang mahal² tu kita bukan makan semua makanan pun, terlalu banyak. Rasa tak berbaloi bayar ratus² tapi makan sikit je. Jadi kalau yang murah ni kita makan ala kadar je, sebab menu tak banyak sangat. Setimpallah dengan harga!


Kalau nak cuba bufet kat Restoran Al-Mehran ni boleh whatsapp nombor kat banner tu.

2 ulasan:

  1. murah....susah nak jumpa harga buffet serendah tu skrg... cumanya klu yg murah ni pilihan makanannya limited la kan... x perasan plak restoren arab ni kat cyberjaya, yg saya tau Saba Restaurant dan Sysaban shj.

    BalasPadam
  2. sue pulak eddy tak suka sangat berbuka kat luar katanya leceh nak solat,dan dia tak suka sesak n ramai orang huhuuu,kalau nak kena cari kedai yang ada surau yg elok atau memang tempat yg betul2 selesa huhuuu.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com