Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 11 Mei 2018

Tahniah Tun M!

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya sah Tun Dr Mahathir Muhamad menjadi Perdana Menteri Ke-7!


Walaupun lama menunggu semalam tapi rakyat Malaysia tetap setia menanti, yelah nak saksikan sejarah tercipta bukan mudah kan? Sedangkan bertahun² kita sanggup menanti dan bersabar inikan boleh seharian kan, berbaloi kita tunggu tau! Mas semalam memang tak berganjak dari depan TV sejak jam 9.30 pagi sampailah ke malam.

Tapi kan semalam serius detik yang paling sebak saat Tun M mengangkat sumpah tu, dengar je suara dia rasa bergetar jiwa. Masa dia tandatangan watikah perlantikan tu tetiba airmata Mas mengalir, sebak sangat rasa tengok muka Tun. Demi sayangkan negara dan rasa tanggungjawab dia sanggup korbankan masa rehat dan berkhidmat di usianya yang dah 93 tahun tu. Pastu tengok muka dia terus rindu dan teringat kat arwah abah sebab muka mereka ada iras².

Haihhh memang sejarah dalam hidup Mas tengok pelantikan PM sampai menangis, sebelum ni tak pernah. Sebab Mas hargai sangat kesanggupan dan susah payah Tun demi nak baikpulih negara kita, ikutkan di usia dia tu tak perlu dah dia nak berpolitik. Tapi dia gagah jugak tanpa kenal erti penat dan putus asa, dia bukan nak rampas kuasa pun cuma lebih kepada nak selamatkan negara. Jadi sama² kita hargai pergorbanan dia dan doakan dia mampu mentadbir negara hingga ke PRU akan datang. 

Lagi satu jangan terlalu mendesak Tun nak selesaikan semua dalam masa terdekat, beri dia masa untuk perbaiki satu persatu. Bangkai kot yang ditinggalkan, jadi nak hilangkan baunya bukan mudah. Kita beri 100 hari dan lepas tu barulah boleh nak menilai baik atau buruk! 

Moga Allah panjangkan umur Tun Dr Mahathir!

4 ulasan:

  1. kannnnn moga Allah beri kesempatan kepada dia tuk baik pulih apa yg dah rosak huhuuu

    BalasPadam
  2. tahniah Tun M..semoga membawa perubahan yang baik kepada Malaysia

    BalasPadam
  3. semoga Allah mudahkan. sebak tgk Tun M.

    BalasPadam
  4. moga Allah beri umur yang panjang pada Tun M..sush nak dapat pemimpin yang berwibawa dan berfikiran genius macam ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com