Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 5 Jun 2018

Dettol : Kekal bersih di Hari Raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa nak raya, raya jugak tapi aspek kebersihan diri jangan dilupa tau. Ini penting untuk kita kekal sihat dan segar, barulah seronok nak beraya dan ziarah kaum keluarga. 


Kempen Dettol: Kekal Dilindungi Ketika Berkongsi Kemeriahan Hari Raya
Sempena hari raya ni Dettol Malaysia melancarkan kempen ini untuk mengingatkan warga Malaysia supaya menjaga kebersihan dan kesihatan diri walaupun sewaktu menikmati kemeriahan perayaan.

"Hari Raya adalah hari untuk bertemu dan berkumpul dengan sanak saudara serta sahabat handai. Inilah sebabnya penting untuk Dettol melindungi rakyat Malaysia daripada kuman supaya mereka boleh menikmati sepenuhnya pertemuan mereka," kata Kim Minyoung, Pengarah Pemasaran Dettol.


Selain itu Dettol jugak menjalankan kempen kesedaran kebersihan tangan di 20 buah kawasan Rehat & Rawat (R&R) di seluruh Semenanjung Malaysia. Apabila pengguna berhenti di kawasan R&R  untuk ke bilik air, mereka akan dibimbing untuk membersihkan tangan secara berkesan dengan 7 langkah mudah. Cecair pencuci tangan Dettol jugak akan disediakan di sinki supaya pengguna boleh mempraktikkan cara yang betul untuk mencuci tangan mereka. Haaa bagus ni, boleh kita ajar anak². 

Pastu wakil Dettol akan berada di kawasan R&R pada tarikh² tertentu untuk memberi sampel produk dan mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan yang baik di rumah. Sampel yang ringan dan dibungkus secara mudah ini boleh dibawa dalam bagasi, dan boleh gunakannya semasa berada di kampung untuk lindungi kebersihan diri dan keluarga daripada kuman. Haaa jangan ingat raya tak perlu jaga kebersihan tau!



Lagi satu sempena bulan Ramadan, Dettol Malaysia akan memberikan sumbangan kepada para pengguna serta mereka yang memerlukan. Dengan slogan "Kekal Dilindungi Kebaikan Dikongsi!", para pembeli boleh melakukan kedua²nya dengan hanya membeli produk Dettol bernilai RM25 dalam satu resit. Pastu bukan sahaja setiap pembelian menerima baucar ganjaran bernilai RM5, malah sebahagian daripada jualan akan disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih. Haaa apa tunggu lagi, jom membeli sambil menyumbang. Kesihatan terpelihara dan pahala pun kita dapat!

Promosi ni bermula dari 1 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018. 'Suka' dan layari Facebook Dettol Malaysia di www.facebook.com/DettolMalaysia untuk maklumat dan butiran lanjut.

2 ulasan:

  1. Dettol memang legend. dari zaman dok hostel suka guna. kalo kawan2 suka sabun bau bunge tapi xpela tetap guna Dettol sbb bau ubat rasa bersih. suka yang ada cool methol tu. brngin je =D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com