terkini dan sensasi

Selasa, 12 Jun 2018

Hati² balik beraya

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni, esok dan lusa mesti ramai dah yang berpusu² nak balik ke kampung, tak kiralah ke negeri mana. Mas pun sama, esok seawal jam 9 pagi akan gerak balik ke Temerloh. Harap jalan tak sesaklah waktu tu, sebab rasanya orang dah ramai gerak selepas sahur. Kalau ikut pengalaman Mas balik waktu camtu memang jalan lancar je, biasanya sesak sikit lepas tol Bentong tu. 


Nak pesan sikitlah, pada yang memandu tu pastikan cukup rehat dan cukup tidur. Kalau rasa mengantuk sangat berhenti dulu, tidur dalam ½ jam camtu baru mulalah perjalanan semula. Bahaya wooo memandu kalau ngantuk sangat ni, boleh kena microsleep tu. Sekurangnya kalau kita dah lelapkan mata kejap, pasti badan lebih segar semula kan? Cuci muka dulu pun bagus, bagi lagi cerah biji mata tu.

Macam Mas kalau balik kampung memandu sendiri memang akan berhenti sekejap kalau ngantuk sangat, lelap 15 minit pun dah ok. Lepas tu barulah lebih segar mata nak memandu kembali. Kalau husband memandu pulak Mas akan pastikan dia cukup tidur, pastu Mas tak akan tidur kalau dia memandu. Mas akan layanlah borak dengan dia supaya dia tak mengantuk. Macam² ceritalah keluar, janji boleh kurangkan rasa ngantuk dia tu. 

Lagi satu pastikan kereta dah diservis sebelum gerak balik tu, ini nak elakkan sebarang kemungkinan yang tak baik. Kalau dah rosak tengah lebuhraya tu kan susah, jadi jangan sayang duit untuk servis kereta tu. Pastu bila kereta dah elok servis tu janganlah memandu melebihi had laju pulak, sampai bahayakan pemandu lain. Ikutlah had laju yang dah ditetapkan, dan jangan lupa bagi signal tau kalau nak memotong.

Haaa jika kita semua berhati² dan patuhi undang² jalan raya serta cukup rehat, pasti perjalanan ke kampung tu lancar dan kita selamat sampai!

2 ulasan:

  1. salam aidilfitri.. maaf zahir batin. betul tu kena sentiasa berhati2 dijalan raya. baca doa jangan lupa =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com