Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 6 Jun 2018

Kawal bajet raya tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Hamboiii seronok kemain, Selasa dapat bonus dan hari esok dapat gaji pulak. Haaa memang seronok tu, terus dah fikir macam² nak beli. Lagilah dah nak raya ni, mulalah semua nak beli baru. Yelah bonus dapat dan gaji dapat, terus ingat nak membeli belah je.


Tapi jangan dilupa, akan ada baki 45 hari sebelum dapat gaji bulan Julai. Jadi kena beringat tau! Kena kawal perbelanjaan, kena selesaikan hutang dan bil awal² dan kena ada simpanan. Macam Mas duit bonus raya RM400 tu memang dah simpan siap², itu untuk belanja lepas raya. Pastu duit gaji Mas gunakan untuk bayar bil dan hutang, bayar awal takpe janji selesai. 

Ada baki Mas guna sikit untuk belanja raya, nak beli sikit² lagi baju anak² yang belum beli. Pastu ada jugak bajet untuk belanja balik raya, macam duit minyak dan tol. Dah tambah tolak semua tu ada baki Mas akan simpan untuk belanja lepas raya, haaa ada jugak tambahan sikit lagi. Bila dah buat bajet teratur camni takdelah Mas terdesak nanti lepas raya, lama tau nak tunggu gaji bulan Julai. 

Perlu tau kita rancang bajet camni, terutama yang kerja kerajaan tu. Maklumlah dapat gaji awal ni kadang kita teralpa, tengok duit banyak sangat. Bukan tak boleh nak belanja raya tapi biar berpada², ikut kemampuan kita jangan ikut orang lain. Nanti takdelah kita hadapi masalah kewangan lepas raya, pastu dok pinjam sana sini sebab terdesak. Duit raya anak pun kita guna sebab duit dah habis.

Beringat tau, Mas pun ingatkan diri sendiri jugak ni. Setakat ni memang berjaya kawal perbelanjaan raya, memang ikut bajet yang dah ditetapkan. Raya raya jugak, simpan duit jangan dilupa!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com