terkini dan sensasi

Sabtu, 2 Jun 2018

Mana dapat idea memasak

Assalamualaikum...(^ ^)

Ramai kawan² tanya mana Mas dapat idea nak masak menu apa di bulan puasa ni? Pastu diaorang cakap menu Mas sedap², setiap hari ada kuih. Hahahaa takde sedap mana pun, menu biasa je untuk tekak sendiri, husband dan anak².


Kalau ikutkan Mas pun buntu sebenarnya nak masak apa setiap hari, jenuh jugak dok fikir. Kadang tu nak sampai ke petang takde lagi menu apa nak masak, akhirnya tanya husband dengan anak² je apa diaorang nak makan. Tapi kadang tu diaorang dok cakap, "Ikut mamalah nak masak apa!" Haaaaa sadis tak, baliknya mama jugak kena fikir.

Nak hadapi kebuntuan tu biasanya Mas akan tengok menu² lama yang pernah masak masa bulan puasa. Biasanya Mas akan tengok semula menu² tahun lepas kat Instagram, sedikit sebanyak membantu jugak. Pastu biasanya Mas senaraikan terus menu apa nak masak selama seminggu, senang cara camni. Tak perlu nak pening kepala setiap hari.


Bab buat kuih tu, memang kena rajin sebabnya anak² suka makan. Setiap hari ada je kuih apa yang diaorang suruh mama buat, jadi mama kena gigih. Pastu yang dok kata Mas masak sedap tu, haaa itu tak dapat nak bantu lah. Mas masak menu ringkas je, janji kena dengan selera. Mungkin itu yang nampakkan ia sedap dan menyelerakan.

Setakat 17 Ramadan ni, alhamdulillah Mas masih mampu masak untuk keluarga. Pernah sekali je makan kat luar sebab dah terlalu buntu nak masak apa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com