terkini dan sensasi

Isnin, 4 Jun 2018

Niatlah untuk sedekah!

Assalamualaikum...(^ ^)

20 Ramadan dah, cepatnya masa berlalu. Moga kita diberi kesihatan berterusan untuk terus beribadah di 10 malam terakhir ni, moga dapat pahala yang berganda²!

Bila dah hampir nak raya ni, selain fikir pasal persiapan raya kita jugak akan fikir bab duit raya kan? Benda sinonim ni, tak lengkap raya kalau takde duit raya. Tapi ada pulak Mas dengar katanya pemberian duit raya ni adalah amalan kaum cina, umpama macam pemberian ang pow lah. 


Bagi Mas tak susah pun, jangan jadikan itu amalan tapi kita niat nak bersedekah. Kebetulan kita dapat rezeki lebih jadi kita niat nak sedekah sikit rezeki tu kepada anak buah dan kanak² dalam bentuk duit raya. Kalau takde rezeki lebih tak perlulah kita paksa diri nak bagi kan, bukan wajib pun. Kalau kita memang dah niat nak bagi jugak, cukuplah sekadar yang termampu. Tak perlu paksa diri dan nak ikut sangat kadar duit raya ikut umur kanak² tu. Seikhlas hati sudah!

Yang menjadikannya amalan bila kita rasa tak sempurna raya tu kalau takde duit raya, jadi kita paksa jugak diri nak bagi. Bila camni takut niat kita dah terpesong, dah tak jadi niat sedekah dah! Macam Mas dari awal dah niat, kalau ada rezeki bonus raya memang akan bagi duit raya kat anak² buah. Kongsi sikit rezeki dengan diaorang, mana tahu rezeki Mas makin bertambah!

Tapi jangan lupa tau, sebelum dok sibuk sedia duit raya tu zakat fitrah jangan dilupa. Sekarang dah senang, boleh bayar secara online je. Mudah kan, layari je https://fpx.zakatselangor.com.my.

2 ulasan:

  1. insyallah memang niat dihati kita bersedekah. akan Allah gantikan dengan pahala berlipat kali ganda..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com