Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 7 Jun 2018

Pam hari ni untuk esok!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alahai stok susu makin berkurang, biasa tu bila bekal ke taska 4 botol masih ada berbaki dalam 10 botol lagi. Legalah sikit bila tengok, campur yang pam hari ni dapat 3 botol akan jadi 13 botol. 

Tapi pagi ni bila buka peti ais dan ambil 4 botol untuk bekal ke taska, tengok² tinggal baki 4 botol je. Fuhhh automatik terus rasa nervous, risau tak dapat kumpul stok untuk hari seterusnya sebab 4 botol yang tinggal tu cukup untuk bekal sehari je. Memang tak sanggup nak campur dengan susu formula, tak sampai hati tengok anak minum. 


Jadi Mas kuatkan semangat, nekad hari ni pam mesti dapatkan 4 botol. Sekurangnya ada backup untuk 1 hari berikutnya, dan untuk hari seterusnya Mas kena usaha pam lagi. Masa nak mula pam pagi tadi Mas doa supaya susu meriah dan boleh dapat 3 botol bila pam. Alhamdulillah Allah permudahkan, pam sesi 7 pagi dapat 2 botol dan pam sesi 2 petang dapat lagi 1 botol. Pastu lepas berbuka Mas kena rajinkan diri pam lagi, dan lega dapat satu botol jugak. Cukuplah untuk hari ni dapat 4 botol, dan esok kena usaha lagi dan lagi!

Fuhhh memang lega bila masih mencukupi susu Mas untuk Aiyra, walaupun pam hari ni untuk esok tapi tetap masih ada. Berpuasa ni memang susu agak berkurang, tapi takdelah merundum sangat. Sebab waktu sahur Mas wajibkan diri minum ESP Shaklee, makan 3 ulas kurma dan lebihkan air masak. Setakat ni belum lagi susu dapat sikit atau takde langsung.

Mas kena kuatkan semangat lagi untuk 16 bulan akan datang sehingga Aiyra genap 2 tahun, Ya Allah permudahkanlah dan perbanyakkanlah air susuku untuk anakku!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com