terkini dan sensasi

Jumaat, 8 Jun 2018

Program Amal Buka Puasa Bersama Kanak² @ Hotel Empire Subang

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap tahun pihak Empire Shopping Gallery dan Empire Hotel Subang akan mengadakan program kebajikan bersama anak² yatim sempena bulan Ramadan, tahun ni pun program itu masih diteruskan. Jadi semalam Mas berkesempatan menyertai program ini beserta jemputan buka puasa sekali. 

kredit photo Shehan

Tahun ini pihak Empire meraikan kanak² dari Rumah Anak Yatim Sungai Kantan, Angsana Community Tuition Centre dan Subang Perdana Goodyear Court 2 Tuition Centre. Rumah Anak Yatim Sungai Kantan terletak di bawah Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia di Kajang yang menempatkan anak² yatim dan kanak² kurang bernasib baik. Manakala 2 pusat tuisyen adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Belia dan Komuniti di bawah AYA Network Berhad yang menjalankan tuisyen program bagi membantu pendidikan kanak².

Prgrom yang mereka anjurkan ini bertujuan membantu anak² yatim dan anak² kurang bernasib baik untuk merasai keseronokan berbuka puasa dan berhari raya. Memang seronoklah dapat tengok anak² ni gembira dapat duit raya dan berbuka puasa bersama². Pastu pihak Empire jugak ada memberikan sumbangan RM3000 kepada rumah anak² yatim dan pusat tuisyen ni, dapatlah ringankan beban mereka untuk buat persiapan hari raya.

kredit photo Shehan


Seterusnya Majlis Buka Puasa diadakan di Emperor Ballroom dan anak² ini disajikan dengan hidangan bufet buka puasa yang sangat menyelerakan bertemakan Pembuka Sajian Desa. Memang pelbagai pilihan masakan melayu yang disediakan oleh pihak hotel, semuanya sedap². Harga bufet yang ditawarkan pun agak berpatutan iaitu RM76 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak²/warga emas. Pastu bermula 10-14 Jun 2018 akan ada promosi iaitu hanya RM65 untuk dewasa/kanak²/warga emas. 

Haaa kalau berminat nak cuba bufet Ramadan di Hotel Empire Subang boleh buat tempahan dengan menghubungi talian 03-55651228 atau emel ke kabmgr@empirehotel.com.my.






2 ulasan:

  1. kalau ada yang dekat-dekat dengan rumah, memang akan pergi.

    kalau jauh, biarlah yang dok dekat dengan mereka yang pergi.

    BalasPadam
  2. baguslah.. dalam kegembiraan jgn dilupai yg kurang bernasib baik

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com