Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 27 Jun 2018

Sawan membeli di kedai RM2 Eco

Assalamualaikum...(^ ^)

Siapa suka membeli belah di kedai RM2, sila angkat kening! Hehehee rasanya mesti ramai suka kan, masuk cadang nak tengok je tapi habis beringgit² walaupun hanya di kedai RM2. 

Mas memang suka membeli kat kedai RM2, terutamanya alat tulis untuk anak². Jimat beli kat situ, takdelah rasa terkilan kalau barang² tu hilang kan? 5 kali beli baru RM10, haaa berbaloi! 


Tapi sejak adik beradik Mas dok cerita pasal kedai RM2 Eco, sawan membeli tu semakin menjadi². Kat kawasan Salak Tinggi ni takde kedai ni, kedai lain banyaklah. Cuma ianya tak semenarik kedai Eco, kadang barang terhad dan takde stok. Pilihan pun tak sebanyak macam kat kedai Eco ni. Masuk dalam tu memang macam² nak beli, rancangan asal nak beli RM10 je tapi membeli kat Eco ni akan jadi RM50. 

Memandangkan kedai tu takde di Salak Tinggi Mas pun sawan membelilah masa balik Temerloh raya tu, kebetulan kat sana kedai Eco ni besar. Haaa dekat RM100 jugak Mas habis, kali ni banyak beli peralatan dapur je. Bekas kuih raya ni pun Mas beli kat situ, satu bekas baru RM2. Kaca tau bukan plastik, pastu design pun nampak macam bekas mahal kan? Apa lagi terus beli 10 biji.


Pastu beli jugak bekas² untuk simpan bahan basah kat peti ais, murah dan ada macam² jenis. Rasa nak beli semua je, tapi nasib baik husband dah dok jeling. Kalau tak satu Eco tu Mas shopping, rambang mata oiii! Tapi serius kedai RM2 Eco ni berbeza dengan kedai RM2 yang lain, banyak pilihan barang² yang menarik. Nasiblah kat Salak Tinggi ni takde, kalau tak mahu setiap hari Mas membeli. 

Takpe balik Temerloh cuti Raya Haji nanti Mas nak memborong lagi, hehehee simpan duit dulu.

5 ulasan:

  1. paling dekat sekarang kat bangi kak mas hahahhaha abis laaaa area seksyen 9 kalau tak silap heheheh

    BalasPadam
  2. kat Bangi kan ade kak mas.. hihi.. besar pun besar, leh la g sana nanti :D

    BalasPadam
  3. Allergik masuk kedai RM2 kak, sebab bila beli, seplastik juga jadinya, berhabis juga ongkosnya haha

    BalasPadam
  4. airah husband yang ajak pergi eco ni sebab dia cakap banyak barang berguna tapi tak sempat lagi nak pergi haha

    BalasPadam
  5. Bahaya masuk kedai RM2 ni, nama jaa rm2…tapi skali pi silap silap melayang rm200 hahaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com