terkini dan sensasi

Ahad, 10 Jun 2018

Selasai akhirnya persiapan raya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh selesai jugak akhirnya!

Tahun ni memang agak lewat sikit buat persiapan raya, maklumlah bulan April baru kerja dan ada gaji. Jadi kenalah kumpul sikit² bajet untuk raya, dah cukup baru Mas pergi shopping sekali harung je.

Bajet tahun ni memang ala kadar je, beli pun lebih kepada anak² je. Untuk diri sendiri dan husband cukuplah sekadar baju di pagi raya, pastu adalah sikit barang² lain. Shopping pun kami pergi merata tempat, tapi takdelah pasaraya macam Parkson atau Aeon ke. Mas nak jimat bajet tahun ni, tak nak terlalu taksub nak membeli belah yang ada jenama.


Baju anak² ada yang Mas beli kat bundle je, haaa jangan ingat kat bundle takde baju lawa² tau. Banyak tau, harga pun berpatutan dan murah. Yang penting kainnya elok, selesa dipakai dan nampak macam baju baru je. Pastu ada jugak kami beli kat Uptown Mines, haaa kat situ pun banyak pilihan dan murah². Mas beli jeans, tudung dan kasut raya kat situ je, puashati sangat!

Baju raya pulak hanya cari yang Arfan je sebab Mas, husband, Atikah, Airis dan Aiyra dan ada baju. Baju Arfan kami beli kat Bangi Gateway je, sini pun banyak pilihan jugak. Puas jugaklah pusing² cari yang sesuai, sebab banyak sangat kedai. Harga² yang dijual pun murah dan berpatutan.

Korang camne, selesai dah ke persiapan raya? Ingat jangan shopping berlebihan sangat, ingat nak belanja lepas raya nanti. Beli yang perlu sahaja walaupun raya setahun sekali ye, kena jimat cermat zaman sekarang ni. Walaupun ala kadar tapi tetap boleh beraya kan?

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..persiapan semua dah buat tinggal nak kemas beg balik kampung je belum lagi.. bercinta betul nak buat yang satu tu..huhu

    BalasPadam
  2. alhamdulilah bagus buat persiapan awal

    BalasPadam
  3. hari ni baru nak meronda kat Bangi Sentral dan Gateway nak tengok apa ada disana.. semoga dapat menahan godaan hehe..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com