terkini dan sensasi

Ahad, 3 Jun 2018

Spaghetti Olio Seafood versi Pedas

Assalamualaikum...(^ ^)

Haishhh buntu jugak fikir nak masak apa hari ni, makan nasi setiap hari pun bosan jugak. Tanya bapak budak dan anak², diaorang cakap nak makan spaghetti je. Haaa terus mamanya ni terfikir nak buat Spaghetti Olio, sebab memang tak pernah buat pun.


Pergi cari bahan² kat Tesco, cadang nak buat Spaghetti Olio Seafood versi Pedas. Kena pedas sikit sebab takut muak pulak nanti, nasiblah anak² dan husband suka ala² pedas sikit. Jom kita tengok bahan² dan cara membuatnya, mudah sangat!

Bahan-bahan
500 gram spaghetti
40 ekor udang sederhana
6-10 ekor sotong
1 tin cendawan butang (dipotong dua)
1 cawan minyak zaitun
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes (kalau tak suka pedas kurangkan sukatan)
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub ayam Maggi

Cara² membuatnya
1. Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan. Rebus udang dan sotong hingga masak dan toskan, air rebusan jangan dibuang.

2. Tumiskan bawang putih dalam minyak zaitun yang telah dipanaskan. Bila dah naik bau masukkan 2 senduk air rebusan udang + sotong tadi. Kemudian masukkan chili flakes, oregano flakes, parsley flakes, lada hitam, garam dan kiub ayam. Kacau hingga sebati.

3. Seterusnya masukkan udang, sotong, cendawan butang dan spaghetti. Kacau rata selama 5 minit dan boleh diangkat untuk dihidang.

Fuhhh pedas terangkat rasa dia, anak² dan husband suka sangat. Makan pulak dengan Buah Melaka manis tu, lagi syok. Tak sangka menjadi jugak Mas buat untuk pertama kali, nanti boleh buat lagi! Korang bolehlah cuba kalau takde idea nak masak apa.

5 ulasan:

  1. sedapnya makan spaghetti ....

    BalasPadam
  2. fuhh feveret ni pedas2 ,belum buat pasta lagi posa ni.

    BalasPadam
  3. Wow versi pedas...sedapni, tq kak mas kongsi rezeki.

    BalasPadam
  4. Uiii sedap tuu. Pos sini sikit 😋

    BalasPadam
  5. hehehe suka aglio olio tapi jenis tak makan pedas. selalu rasa pedas black pepper or chili flakes je da kalut nak air hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com