terkini dan sensasi

Isnin, 2 Julai 2018

3 pasukan pilihan tersingkir

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh kecewa betul tengok perlawanan Spain dengan Russia semalam, akhirnya berkesudahan Spain kalah dengan jaringan penalti je selepas terikat 1-1. Haihhh memang tak suka kalau kekalahan atau kemenangan berakhir dengan penalti, rasa tak berbaloi tengok. Tapi itulah, dah takde rezeki mereka nak menang dengan jaringan gol kan? Lumrah perlawanan bolasepak camtulah!


Sebelum tu dah 2 pasukan pilihan Mas tersingkir di pusingan kalah mati ni, Argentina dan Portugal. Dua² Mas tengok tau, haaa gigih kau! Hari cuti takpelah kan, kalau hari kerja takdelah nak berjaga sampai pukul 4-5 pagi. Tapi memang kecewa jugaklah bila 2 pasukan ni tak dapat masuk suku akhir, cuma puashatilah dengan games tu. Mereka bermain habis-habisan, kalah satu mata je!

Nampaknya kan, Piala Dunia 2018 ni menyaksikan semua pasukan pilihan dan hebat² tersingkir awal. German dah awal tersingkir di pusingan kumpulan, pastu diikuti Argentina, Portugal dan Spain. Macam ada juara baharu dari pasukan yang tak pernah menjulang Piala Dunia ni, Mas tengok Uruguay macam ada peluang nak menang je. 


Sekarang ni ada satu lagi pasukan pilihan Mas yang masih boleh diharapkan, Brazil. Malam ni mereka akan bertemu Mexico, harap ada lah rezeki Brazil ke suku akhir. Kalau kalah jugak, maka takde dah pasukan yang Mas sokong dapat beraksi di perlawanan akhir. Maka kenalah terima je pasukan mana yang ke akhir dan sokong masa tu jelah, hehehee!

Tapi yang seronok bila pasukan Pahang layak ke akhir Piala FA, haaa yang ni buat Mas gembira. Hasrat nak tengok kat stadium tapi tak akan bolehnya, Aiyra siapa nak jaga. Jadi tengok kat rumah jelah dan tak sabar tunggu 7/7 ni, harap Piala FA milik Pahang. Hahahaa tetiba cerita pasal Piala FA pulak, nak buat camne dah pasukan pilihan Piala Dunia semua bungkus!

4 ulasan:

  1. hahaha....nak buat mcmana...tiada rezeki diorg...hihihi

    BalasPadam
  2. Dura kenal ronaldo tu je kak mas. Tapi tak pernah minat game bola sepak ni heheh

    BalasPadam
  3. BRABEL esok malam.. hihi walaupun Brazil memang hebat kuat tapi CT team #redtogether =D

    BalasPadam
  4. Huhuhu taun ni taun busy tak dan nak tgk bolaaaa huhuhuhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com