terkini dan sensasi

Selasa, 31 Julai 2018

Asap Steamboat dan Grill : Sedap dan murah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang peminat steamboat, pantang aihhh kalau husband ajak makan. Biasanya Mas makan kat restoran biasa je, tapi kali ni teringin nak cuba kat tempat lain pulak. Terbacalah rakan² blogger dok review pasal Asap Steamboat & Grill ada buka cawangan baru kat Bangi. Haaa dekat je tu nak pergi, apa lagi terus bagitau dekat husband.



Kami pilih tarikh 22/7 hari tu makan kat sana, lepas penat mandi kat Bangi Wonderland terus pekena steamboat. Perghhhhh memang pucuk dicita ulam mendatanglah, perut mesti lapar kan lepas mandi manda.

Nak cari restoran ni mudah je, hanya waze Langat Katering pasti akan jumpa. Kami yang baru pertama kali pergi pun dapat cari dengan mudah, kejap je dah sampai. Lalu je kat depan restoran tu terus Mas cakap, "Haaa luasnya tempat parkir, jom kita park depan² sikit!" Ye, memang kawasan parkir restoran ni lapang dan luas sangat, memudahkan pelanggan nak keluar masuk kenderaan.



Pastu masuk je dalam restoran terus Mas dan anak² tuju ke tempat pilihan makanan. Tengok je terus anak² cakap, "Wahhh macam² ada mama, kita orang nak cuba semua!" Memang macam² ada korang, rambang mata nak pilih. Ada daging, ayam, ikan yang dah siap diperap untuk korang grill. Pastu ada pelbagai jenis pilihan seafood, frozen meatball, craball, pelbagai jenis mee, sayuran dan telur puyuh untuk korang masak dalam 3 pilihan kuah sama ada sup, tomyam dan kari nyonya. Kami pilih kuah tomyam, fuhhh memang sedap dan pedas berapi. Anak² Mas paling suka makan yang grill tu, 3-4 kali dok ulang ambik dan grill!


Haaa macam² ada, segar² semuanya



Selain tu ada jugak menu sampingan seperti Nasi Goreng, Sup Tulang, Fried Baby Crab, Fries + Nugget, Jagung Manis, Mini Pau dan Buah-buahan. Yang paling anak² seronok bila ada aiskrim dengan pelbagai pilihan perisa dan topping, yang ni pun depa dok ulang 3-4 kali. Ada jugak ABC yang korang boleh buat sendiri, boleh isi berapa banyak bahan korang nak. Air pulak ada pilihan sejuk dan panas, boleh refill berapa kali korang suka.



Baby Crab ni sedap, ranggup je!


Lagi satu Mas suka ruang makan restoran ni, luas dan selesa sangat. Takdelah dok berlaga² bahu dengan pelanggan lain kalau nak ambik makanan tu, anak² Mas siap boleh main lari² lagi. Susun atur pinggan mangkuk pun kemas je, pekerja mereka sentiasa tengok kalau dah berkurangan. Cepat je diaorang tambah! Pastu pekerja pun pantas kemaskan pinggan mangkuk kat meja pelanggan. 


Ruang yang luas dan selesa sangat



Pendek kata memang puashatilah makan kat Asap Steamboat & Grill ni, berbaloi sangat dengan wang yang dibayar. Harga pun berpatutan sangat dengan pilihan makanan yang ada, sebab semuanya sedap dan segar². Jadi korang kena datang tau makan kat sini, ini maklumat lanjut mengenai Asap Steamboat & Grill Bangi.

Instagram: AsapSteamboatGrill

Alamat
Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 013-7668944
Waktu Operasi: 6 petang hingga 12 malam

Harga
Dewasa: RM42 seorang
Kanak²: RM21 seorang

19 ulasan:

  1. bestnya ada banyak choice siap ada baby crab lagi! Ruang pun selesa dan bersih

    BalasPadam
  2. Huihjj. Dekat ni. Banyak pilihan untuk makan.

    BalasPadam
  3. Best kan makan kat ASAP. pilihan makanan banyak, saya suka, fanily pun suka. Best

    BalasPadam
  4. Wah cantik yer deco dalam restoren steamboat. Pilhan pun banyak sangat. Ada baby crab tu, best yer. jarang sangat jumpa buffet ada menu tu. wajib try ni

    BalasPadam
  5. banyak betul pilihan makanan..dan harga pun sangat berpatutan

    BalasPadam
  6. Bilalah LZ boleh pi sini.. Nampak ramai blogger review Asap Steamboat & Grill ni..
    Banyak pilihan makanan, mesti best.

    BalasPadam
  7. sedapnyaaa lame x makan steamboat

    BalasPadam
  8. Harga berbaloi la k.mas..Sal nak ajak Mr Hubby gi nanti..semua nampak sedap !!

    BalasPadam
  9. Wahh ... Menarik laaa restoran nya. Suka style gini, luas selesa!
    Menu pun banyakkk, harga berpatutan.
    Nanti nak terjah!

    BalasPadam
  10. Memang sedap kuah tomyamnya...

    BalasPadam
  11. lawanya. tenang gak tmpt makan dia..

    BalasPadam
  12. Perapan yg untuk grill tu mmg terbaik! I ulang tu ja banyak kali. Baby crab pun sedap!

    BalasPadam
  13. Seronok makan kat asap rambang mata tak tau nak mula dr mane

    BalasPadam
  14. Bilalah agaknya dapat.merasa kan.. bnyknya pilihan syokk tuuu

    BalasPadam
  15. Nampak bestnya je Asap Steamboat ni.. Bolehlah suggest kat kawan2 yg suka makan Steamboat tu..

    BalasPadam
  16. Sedapnya mas oiii .. nampak menyelerakan sungguh .. nak g jugoksss sere hehehe

    BalasPadam
  17. yaAllah baca entry ni malam - malam memang mengundang sangat , dah lah hantu steambot ! Nanti nak ajak kyle dtg sini

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com