Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 4 Julai 2018

Hal anak² jangan dipandang remeh

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila cerita bab anak² ni semua orang akan rasa sensitif, tak kiralah yang masih bujang atau dah berkahwin. Macam kes viral anak² tak berkelakuan baik bila beraya di rumah orang tu, ramai yang luahkan macam² pendapat. Ada yang salahkan tuan rumah dan ada jugak yang salahkan ibu bapa sebab tak reti jaga anak.


Bagi Mas kita tak boleh sesenang hati nak tuding jari pada sesiapa, sebenarnya dua² pun ada salah masing². Tuan rumah sepatutnya kena tahu yang tetamu dia jemput akan bawak anak² jadi bersedia siap² dengan apa pun kemungkinan, kalau boleh simpan elok² barang berharga dan apa sahaja yang kita sayang. Nak lagi elok buat rumah terbuka tu kat luar rumah, lagi senang nak kawal kan? Lagi satu kalau perkara tu dah terjadi seeloknya janganlah viral sana sini, bincang elok² dengan mak ayah budak tu. Janganlah sesenang nak buka aib orang!

Pastu ibu bapa pun kena main peranan, kalau dah tahu anak² sendiri jenis tak reti dok diam janganlah lama² kat rumah orang. Siap makan dan borak² kejap teruslah balik, sebab bebudak ni tak boleh lama sangat dok kat satu tempat. Pastu bertegas sikit dengan anak, kalau dah nampak dia mula usik barang orang marahlah sikit. Jangan biar je hingga benda tak diingini terjadi! Tapi kalau dah jadi jugak jangan nak blah camtu je, minta maaf dengan tuan rumah dan bayarlah ganti rugi. Dah salah anak kita kan?

Dan belum lagi reda kes viral ni, kita dikejutkan pulak dengan berita sedih adik Adam tu. Pastu pasti nanti ada yang akan bersuara, jagalah anak sendiri kalau tak nak jadi perkara camtu. Haihhh semua orang senang bercakap, tak alami sendiri kan? Mas sebagai ibu yang ada bayi kecil pun terkesan dengan perkara ni, terus rasa murung. Cuma Mas nak cakap kita sebagai ibu bapa ni kena lebih dan lebih berhati² kalau bab hantar anak pada pengasuh ni, siasat terlebih dahulu latar belakang mereka. Kalau terdesak sekali pun nak cari pengasuh, perkara itu tetap kita kena utamakan. Nak lebih terjamin kita hantarlah ke taska berdaftar, lebih selamat.


Mas ni anak dah 4, macam² dah karenah pengasuh dan pihak taska yang Mas hadapi. Bukan semuanya baik dan bukan semuanya buruk, ada jugak yang Mas tak puashati. Tapi bila rasa tak puashati tu Mas suarakan, kalau tak berubah jugak Mas usaha cari pengasuh atau taska lain. Tapi alhamdulillah keempat² anak Mas dijaga elok sepanjang Mas bekerja, lega Allah permudahkan.

Buat ibu bapa Adam, moga tabah hadapi dugaan. Insya Allah, Dia dah sediakan yang terbaik buat korang. Buat ibu bapa lain, moga anak² kita dilindungi dari sebarang perkara tak elok dan moga mereka tak lakukan perkara tak elok jugak. Jagalah harta Allah yang diamanahkan buat kita itu sebaik²nya!

3 ulasan:

  1. sedihnya dengan kisah pagi ni. teringat kat anak saya. huhu

    BalasPadam
  2. Kalau ikut hati, mmg nak je brenti kerja & jaga anak anak sendiri kan. Tapi apa nak buat, belum ada rezeki gitu. Masih terpaksa bekerja..

    BalasPadam
  3. bab ni xmau komen sangat sebab xdak anak lagi hihi..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com