Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 7 Julai 2018

Kecundang jugak Brazil!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kecewa betul bila tahu Brazil tumpas dengan Belgium awal pagi tadi, haishhh takde dah pasukan pilihan Mas berjaya ke akhir. Nasiblah tak tengok games semalam, kalau tak mesti lagi sakit hati. Biasalah Mas ni memang emo sikit kalau tengok bola ni, nak pulak pasukan pilihan. Hahahaa sapa tak emo kan kalau kalah!


Cadang memang nak tengok, siap dah set alarm pukul 2 pagi. Tapi tak tersedarlah pulak, tetiba terjaga dah pukul 3.30 pagi. Teruslah on TV, sekali tengok dah Belgium dah 2 gol. Haaa apa lagi tutup jelah TV dan sambung tidur, tahu dah mesti takde harapan Brazil nak menang. Baik tidur dari lebih sakit hati!

Nampaknya tahun ni semua pasukan yang banyak kali juarai Piala Dunia kecundang awal, macam badi pulak. Tinggal pasukan underdog je dengan pasukan yang pernah juarai sekali. Agaknya lepas ni kena sokong yang underdog je, yang hebat² ni sokong kalau dah sah masuk akhir je. Hehehee takdelah, nak buat camne kan? Dah adat main bolasepak mesti ada kalah menang. 

Haaa lepas ni takde nak sokong pasukan mana dah, sebab 3 pasukan pilihan Mas semua dah tumpas. Cuma nak teka pasukan mana je yang layak ke akhir, rasa Mas Belgium dengan Russia ada peluang. Itu kalau tengok dari segi corak perlawanan merekalah, mungkin ada rezeki tu. Kita tengok nanti perlawanan akhir pada 15 Julai, siapa yang berjaya menjulang Piala Dunia. 


Tapi malam ni nak tengok Pahang julang Piala FA dulu, moga ada rezeki. Niat awal nak jugak pergi stadium tapi banyak kekangan, jadi kita hogoh depan TV jelah. Ale ale Tok Gajahku!

1 ulasan:

  1. adat tu bola kan bulat bergolek.. kejap atas kejap bawah =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com