Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 10 Julai 2018

Kendurian durian kampung

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak musim durian melanda ni memang tak boleh tahan nafsu bila tengok gambar durian, mulalah tak boleh kawal keinginan nak dapatkan durian tu. Nak pulak bila husband dan anak² Mas pun hantu durian, haaa lagi seronoklah nak membeli.


Sebelum ni Mas ada beli durian kahwin kat pasar malam, sedap dan harganya hanya RM10 sekilo. Dapatlah beli 3 biji dengan harga RM34, buah elok dan isi kuning. Berebut² makan anak beranak, sampai tak cukup pulak! 

Pastu hari ni misi mencari durian lagi dek kerana tak puas makan durian kahwin tu, kali ni nak makan durian kampung pulak. Sampai masuk dusun orang kami cari, sebab nak buah elok dan harga berpatutan. Rezeki kami misi berjaya, dapatlah durian kampung yang masih segar dan baru kutip dari dusun. 8 kilo kami beli semalam dengan harga RM8 sekilo. Tapi akak yang jual tu baik hati dia suruh kami bayar RM55 sahaja untuk 8 kilo tu, memang murah rezeki kami. 




Dapatlah 10 biji buahnya, fuhhh memang puashati makan. Kitaorang makan 8 biji, sampaikan semuanya sedawa durian je. Hahahaa seronok tau kalau satu keluarga hantu durian, makan pun berebut². Ada baki lagi 2 biji tu, Mas ingat nak buat serawa durian je esok. Cicah dengan roti, fuhhh mesti anak² suka. Balik kerja esok kita masak!

Sebenarnya kalau ikutkan durian kat dusun kampung Mas ada berbuah, tapi sementara nak tunggu buahnya gugur Mas membelilah dulu. Nanti awal bulan 8 gugurlah buahnya, haaa masa tu memang boleh makan sampai pengsan kalau banyak buah menjadi. Moga ada rezeki nak kendurian besar-besaran bulan 8 nanti!

4 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com