Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 30 Julai 2018

Nur Aiyra Annasya : 10 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya macam baru je Aiyra berumur 9 bulan, hari ni dah genap 10 bulan umur dia. Alhamdulillah, Aiyra tak banyak ragam sejak dia lahir sampailah dah umur 10 bulan ni. Cuma sekarang dia makin banyak akal lah, tak diduga je kadang tu. 


Perkembangan tumbesaran dia memang selari dengan usia, tapi ada jugak yang cepat. Macam sekarang dia dah pandai berdiri tegak dalam 10 saat camtu tanpa dipegang, haaa ada ciri² nak pandai berdiri dah tu. Kalau ikut kakak Atikah dan Airis, dua² ni berjalan seawal usia 10 dan 11 bulan. Mungkin Airis ni camtu jugak kot, sebab dah nampak tu dia cuba mengatur langkah. Tak terkejarlah mama kalau dah dapat kaki nanti, makin ligatlah!

Pastu gigi pun dah banyak tumbuh, bawah ada 2 batang dan atas dah nak 4 batang. Jadi sekarang dia dah pandailah dok gigit² biskut yang lembut² tu, syok dah ada gigi kan? Mama pun dah belikan berus gigi khas untuk baby tu, kena mula dah berus gigi sebab dah banyak kan. Dia sukalah kalau mama nak beruskan gigi, pandai je ngangakan mulut. Masuk je berus gigi dalam mulut terus digigitnya, hehehee!

Bab makan pulak memang seronok suapkan dia bubur, berselera je makan apa saja bubur yang mama masak. Mas masih kisar bubur dia tapi dah kisar kasarlah, bagi dia dapat rasa makanan tu dengan gigi. Nanti dah ada gigi geraham dan dia dah pandai kunyah baru boleh buat bubur lenyek je. Tengok makanan memang pantang, siap nganga² mulut. Kalau tak suap kat dia sikit mulalah mengamuk, jadi Mas bagilah jugak dia rasa². 

Susu pulak masih susu Mas 100%, belum campur susu formula lagi. Walaupun Mas kena struggle sediakan stok untuk dia tapi setakat ini masih belum putus stok, alhamdulillah dapat je sediakan bekal susu untuk dia setiap hari. Nak sangat susukan dia hingga umur 2 tahun, cuma kadang kenangkan susu dah makin berkurangan Mas redha je. Moga ada rezeki dia, sekarang Mas usaha dan usaha tanpa putus asa. Selebihnya Mas berserah pada Allah!

5 ulasan:

  1. happy birthday aiyra. semoga jadi anak yang baik dan berguna. aiyra comel sangat

    by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab suka dengan content blog ni. kalau sudi meh lah datang ke blog baru saya

    BalasPadam
  2. nyomel, kejap je dah 10 bulan kan kak mas

    BalasPadam
  3. Wahh!! Cepatnya boleh berdiri. Gigi pun cepat tumbuh kan. Semoga Aiyra membesar dengan baik. InshaAllah

    BalasPadam
  4. InsyaAllah Aiyra minum susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun

    BalasPadam
  5. Makin cun laaa Aiyra sayang anty lya tgk makin bambam hehehe..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com