terkini dan sensasi

Isnin, 9 Julai 2018

Persis di dalam filem

Assalamualaikum...(^ ^)

Umum semua tahu mengenai kes 12 orang pemain bolasepak remaja Thailand dan jurulatih mereka terperangkap di dalam gua Tham Luang. Lebih seminggu barulah mereka ditemui oleh pasukan penyelam dari Britain, dan sekarang telah giat usaha dijalankan untuk mengeluarkan mereka dari gua.



Pihak penyelamat terpaksa jugak memilih cara yang paling sukar dan bahaya bagi mengeluarkan mereka, ini kerana bimbang paras air di dalam gua semakin naik dan menenggelamkan batu di mana tempat mereka berlindung tu. Terpaksalah remaja yang tak tahu berenang ni menyelam menerusi laluan yang sempit, berlumpur, gelap dan ditenggelami air dengan bantuan 2 orang penyelamat. Fuhhh mesti sangat mencabar dan bahaya kan?

Tapi semalam 6 orang dah berjaya dikeluarkan dengan selamat, tinggal 7 orang je lagi. Harap mereka semua berjayalah dikeluarkan dengan selamat jugak. Walaupun kena lalui saat getir melalui laluan sukar yang memakan masa 5 jam lebih untuk sampai ke pintu gua, tapi berkat bantuan pelbagai negara, agensi dan orang awam pastinya ia akan berjaya.



Bila menyaksikan sendiri kronologi kes ini terus Mas teringat filem kisah benar bertajuk 33, di mana 33 orang pelombong terperangkap di dalam lombong bawah tanah. 69 hari mereka dok dalam lombong tu dengan bekalan makanan dan minuman yang terhad, terpaksa catu makan minum untuk terus hidup. Masa tu pelbagai usaha dilakukan pihak penyelamat untuk selamatkan mereka, yang akhirnya berjaya mengerudi tanah batu yang keras bagi selamatkan 33 orang tu.

Kalau kita fikirkan memang mustahil untuk mangsa selamat bagi 2 kejadian ni, tapi itulah keajaibannya. Dengan izin Allah dan sokongan dari semua, mereka mampu bertahan dan dapat diselamatkan. Boleh buat filem jugak kisah remaja ni!

5 ulasan:

  1. semoga urusan selamat mangsa dipercepatkan

    BalasPadam
  2. semoga semuanya selamat di bawa keluar tapi dok terpikir ni macam mana boleh pergi sampaijauh ke dalam sana huhuuu

    BalasPadam
  3. kesian kan mesti diorang takde tenaga

    BalasPadam
  4. saya pun follow rapat kisah mereka ni..hari ni tinggal 5 orang je lagi..mudah2an kelima-limanya dapat dikeluarkan hari ni..ameen!

    BalasPadam
  5. Betul kak. Selalu dlm movie je tgk kejadian mcm ni, tapi kali ni kisah benar.. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com