terkini dan sensasi

Jumaat, 6 Julai 2018

Puashati dengan Printcious Gifts

Assalamualaikum...(^ ^)

Masa hari jadi kakak Atikah tu buntu jugak Mas nak bagi hadiah apa, sebabnya Mas ni memang tak reti sangat bab pilih² hadiah ni. Sekali fikir punya fikir terus teringat kat Printcious ni, haaa nak DIY hadiah untuk dia lah. Lagi pun Mas memang berkenan sangat hadiah² kat Printcious ni, boleh reka sendiri hadiah tu ikut kesukaan kita. 


Terus tanya kakak dia nak hadiah apa, katanya nak bantal peluk. Ok mama ikut pilihan anak dara, tapi dengan syarat kena letak gambar mama kat bantal tu supaya bila tidur kakak ingat kat mama selalu. Haaa gitu konsepnya, hehehee! Tengok tu, syok dapat peluk bantal Printcious yang gebu.

Nak reka hadiah kat Printcious ni mudah sangat, semudah ABC. Mula² pilih hadiah jenis apa yang korang berkenan, kemudian masukkan gambar pilihan dan adjust ikut design kesukaan korang. Bila dah puashati terus add to cart, dan boleh terus buat pembayaran. Kalau ada kod diskaun boleh masukkan, macam sekarang tengah ada diskaun 30% jadi banyak korang boleh jimat. Dah siap buat bayaran boleh masukkan alamat untuk pengeposan, caj pos hanya RM10. Kalau beli barang lebih RM50 tiada caj pos akan dikenakan, percuma!


Inilah bantal dan fridge magnet yang Mas tempah, sangat berpuashati dengan kualitinya. Gambar yang dicetak pada bantal tu nampak jelas seperti gambar dalam telefon, takde pun pecah². Kualiti kain sarung bantal tu pun tebal dan tak mudah koyak, pastu bantalnya pun lembut dan sedap dipeluk. Memang kualitinya setanding harganya!

Fridge magnet pun cantik dan kemas buatannya, gambar pun jelas dan terang. Ringan dan magnetnya pun mudah lekat, bila letak kat peti ais tu nampak cantik. Mas letak sebagai hiasan dekat kabinet besi di pejabat, haaa comel je. Ni kalau nak buat cenderahati perkahwinan untuk tetamu pun sesuai, senang mereka nak simpan dan pamerkan. Harga pun berpatutan, berbaloi!

Comel kan?

Gmabar depan dan belakang bantal

Comel bila letak sebagai hiasan kat pejabat

Jadi lepas ni takde dah nak pening² pilih hadiah untuk harijadi Arfan, Airis dan Aiyra nanti. Pilih je hadiah di Printcious, pasti Mas akan puashati. Airis pun dah sibuk nak bantal macam kakak jugak, terus suruh mama tempah walaupun birthday dia lambat lagi. Haaa kasi bergambar dulu dengan bantal kakak, nanti mama beli untuk Airis pulak ye!


Ingat hadiah ingat Printcious, untuk maklumat lanjut boleh layari:

Contact: 019-3232502

15 ulasan:

  1. Cantik bantal tuu.. Selalu gak tempah dri printcious ni

    BalasPadam
  2. Lawa warna kain atas bantal tu...nampak real!

    BalasPadam
  3. cantiknya bantal dengan fridge magnet tu.. menyerlah !

    BalasPadam
  4. waahh! cantiknya. nanti nak tempah jugak la

    BalasPadam
  5. cantik :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    BalasPadam
  6. printcious ada buat photobook x?

    BalasPadam
  7. Cantik yer. Rugi plak hari tu tak try print camni. Berkenan tengok bantal dan fridge magnet tu

    BalasPadam
  8. Gambar print cantik tak pecah

    BalasPadam
  9. Bestnya boleh customize hadiah.. Pasni dah tau dah nak tempah kat mana kalau nak..

    BalasPadam
  10. CT sukala fridge magnet bentuk love tu cantik.. kemas dan nampak elegen..

    BalasPadam
  11. Tak pernah terfikir utk buat fridge magnet gambr family - good idea! Akak nak buat la jg utk mak. Dia mesti suka. :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com