Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 3 Julai 2018

Raya Sakan ZY Phyto Holdings

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa selagi tak habis raya selagi itulah ada rumah terbuka sana sini, setiap minggu ada jemputan. Tapi kena beringat tau, jangan makan berlebihan sangat sampai bertambah semula berat badan tu. Terima undangan takpe, cuma makan kena kawal tau!



Mas pun banyak jugak dapat jemputan, salah satunya rumah terbuka Raya Sakan ZY Phyto Holdings ni pada hari Sabtu lepas. Bukan setakat majlis raya sahaja, ada jugak majlis pelancaran permis baru ZY Herbal Science Sdn Bhd serta penyerahan tshirt KBB9 tajaan dari ZY Holdings Sdn Bhd dan ZY Printpack Sdn Bhd. Haaa memang meriah majlisnya, kami disajikan dengan pelbagai menu yang sedap². Ada Nasi Briyani, Kuew Tiaw Goreng, Mee Goreng, Soto Ayam dan kuih raya. Yang paling seronok anak²lah, sebab ada aiskrim malaysia. Anak² Mas berapa kali ulang alik makan!

Sebelum Mas cerita lebih lanjut, mari nak bagitau serba sedikit tentang Saudagar Herba ni. ZY Herbal Science Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Saudagarherba.com merupakan sebuah anak syarikat kepada ZY Phyto Holdings Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pembekal bahan mentah kepada peneraju industri produk kecantikan dan kosmetik. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan ZY Herbal Science Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat perdagangan di Malaysia.


Pakej Chomey, bagi yang ingin produk jenama sendiri dengan modal serendah RM3k


"Fokus utama ZY Herbal Science Sdn Bhd adalah membekalkan bahan mentah termasuklah ekstrak herba, serbuk dan cecair yang mendapat permintaan tinggi di pasaran khususnya di dalam sektor pembuatan produk kecantikan dan kosmetik. ZY Herbal Science Sdn Bhd tidak hanya memilih mana² herba tanpa mengetahui manfaatnya. Kami memastikan kualiti setiap bahan memenuhi dan mencapai piawaian kebangsaan bagi produk makanan dan kesihatan. Herba kami terbukti secara saintifik oleh penyelidikan dan memberi manfaat kepada pengguna. Kini, keperluan untuk produk halal semakin meningkat dan telah mendapat perhatian utama di kalangan masyarakat dunia. Justeru itu, kami melengkapkan produk kami dengan sijil halal dari JAKIM."

Haaa itulah ZY Phyto, sebuah syarikat yang telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Dengan adanya majlis pelancaran ini bermakna dengan secara rasminya ZY Herbal Sdn Bhd telah berpindah ke premis baru yang lebih selesa dan besar. Tahniah! 

 Kredit photo: Shehan


Pastu selepas majlis pelancaran, founder KBBA9 telah menerima tshirt tajaan ZY Holdings dan ZY Printpack. Haaa ini lagi satu kerjayaan ZY Phyto, mengembangkan perniagaan mereka ke bidang pencetakan. Kalau korang nak buat dan tempah tshirt secara pukal bolehlah hubungi syarikat mereka. Cantik tau tshirt KBB9 yang kami dapat ni, kain pun selesa dipakai. Yang seronoknya selain dapat tshirt, kami blogger KBBA9 dapat cenderahati jugak. Terima kasih lagi sekali ZY Phyto!

Kredit photo: Shehan

Untuk info lanjut mengenai ZY Phyto Holdings layari:

Website

Facebook:

9 ulasan:

  1. wah meriah nya rumah terbuka. teringin nak makan nasi briyani T.T

    BalasPadam
  2. best.. meriah :)

    jemput join segmen ejulz :)

    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    BalasPadam
  3. bestnyaaa.. baju tu wow sangat

    BalasPadam
  4. tshirt tu tak sabar nak dapat..terima kasih zyphoto

    BalasPadam
  5. bestnya dapat beraya bersama-sama

    BalasPadam
  6. open house lagi tu.. bestnya. CT mood raya memang da sayup2..

    BalasPadam
  7. Wah bestnya dapat join .. cantik t shirt merah menyala gtuu ..

    BalasPadam
  8. Semoga ZY Phyto lebih berjaya nanti dgn penghasilan produk2 lain pula. Happening jamuan raya tu

    BalasPadam
  9. Meriah betul open house nya..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com