Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 25 Julai 2018

Shapee Disposable Nursing Pad : Ibu menyusu kekal selesa

Assalamualaikum...(^ ^)

"Alaaa tak selesanya, habis dah basah baju pastu berbau susu pulak tu. Habis baju bertompok² kesan susu, malunya kalau orang tengok!

Haaa korang yang menyusukan anak tu pasti hadapi masalah ni kan, terutama ketika berada di pejabat atau di luar rumah. Mas pun hadapi jugak, lagilah sekarang memang menyusukan Aiyra sepenuhnya. Yelah kadang tu waktu nak pam di pejabat sangat terhad, kalau susu banyak memang akan basah baju dan rasa tak selesa. 

Memang Mas pernah gunakan nursing pad jenama lain sebelum ni tapi ianya cepat basah dan tak tahan kering lebih lama. Jadi bila ada kat pejabat lebih 8 jam Mas kena kerap tukar, kalau tak nanti baju akan mula basah. Jadi kali ni Mas perlukan nursing pad yang boleh bagi lebih keselesaan, lebih kering dan mudah dibawa ke mana saja.


Disposable Nursing Pad dari Shapee
Cari punya cari Mas berkenan dekat produk terbaru Disposable Nursing Pad dari Shapee ni, bila pakai memang selesa sangat dan takde lagi masalah baju basah atau bertompok². Pastu rekaan dan bentuknya yang nipis tu memudahkan Mas nak bawak kemana saja, campak je dalam handbag dan boleh diguna bila² masa. Lagi pun Shapee Disposable Nursing Pad ni direka khas dari Korea dan sangat berkualiti serta punyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:

1. Reka bentuk yang nipis (Ultra Thin)
Dengan ketebalan hanya 1mm ianya memang sangat nipis dan beri keselesaan berganda bila dipakai. Masa pakai tu memang ibu² tak terasa langsung gunakan nursing pad. 

2. Jalur pelekat Double Anti-Slip
Gam pelekat nursing pad ni ada 2 line, ini untuk mengelakkan ianya teralih atau tercabut bila dipakai. Jadi nak bergerak kemana saja memang tak perlu risau. 



3. Material lembut
Ianya diperbuat daripada material yang sangat lembut dan ada pengaliran udara bagi memberi keselesaan bila dipakai. Kainnya jugak serap peluh jadi takdelah rasa melekit².

4. Penyerap air (Ultra Water)
Penyerap air ini mampu menyerap susu ibu sehingga 55ml dalam satu masa, jadi tak perlulah nak tukar nursing pad terlalu kerap.

5. Perlindungan dari kebocoran
Ia mampu memberi perlindungan dari kebocoran dalam jangka masa yang lama, jadi tak perlu risau baju akan basah atau tak selesa.

6. Design 3D-Shape
Ia direka khas untuk beri 100% keselesaan walau dalam keadaan basah, sebab bentuknya masih kekal dalam bentuk asal. Kebiasaannya kalau nursing pad lain akan berubah bentuk kalau dah penuh dan basah, tapi Shapee Disposable Nursing Pad ni tetap kekal seperti asal.

7. Teknologi Dry-Comfy
Teknologi lapisan khas ini direka untuk memastikan ibu² kekal kering untuk tempoh yang lebih lama. 



Haaa banyak kan kelebihan Disposable Nursing Pad dari Shapee ni, memang pilihan yang tepat untuk para² ibu yang menyusukan anak tu. Harganya pun berpatutan sangat iaitu RM18.90 sahaja, tapi sebagai perkenalkan produk terbaru ni pihak Shapee berikan harga pengenalan iaitu hanya RM13.90. Murah kan untuk 30 keping nursing pad ni, kalau beli 2 kotak boleh pakai lebih kurang sebulan.

Lagi satu Mas nak kongsi diskaun kod dengan ibu², ada 10% diskaun tau. Gunakan kod 10dnpblogger14 bila nak beli Shapee Disposable Nursing Pad ni kat website mereka. Wahhh berbaloi kan?

Pastu bagi Mas ibu² menyusukan anak ni wajib ada nursing pad camni supaya kita rasa lebih selesa dan yakin berhadapan dengan orang. Yelah kalau satu badan bau susu dan baju basah mesti kita pun rasa malu kan, mulalah kurang keyakinan diri dan rasa moody je kan. 



Jadi ibu² jom dapatkan Disposable Nursing Pad dari Shapee untuk kekal kering, selesa dan gembira sepanjang tempoh menyusukan anak. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layari:

Nombor telefon: 07-5547488

11 ulasan:

  1. Serius... Nursing pad disposable sangat membantu. Mak mak yang susu banyak selalu alami baju basah bila baby terlewat susu. Malu weyyy... .

    Shapee ni berpatutan laa... Bolrh rekemen kat kengkawan

    BalasPadam
  2. Memula puas pk apa nursing pada ni.. hahaha

    BalasPadam
  3. ohhh ada pad utk nursing , hikss! maafkan saya belum ada pengalaman

    BalasPadam
  4. ohhh,bagusnya macam ni. Pad untuk penyusuan yer.Bolehlah cari nanti..untuk kawan yang baru bersalin tu

    BalasPadam
  5. ok kak mas...nti Sal try ya ..tq share

    BalasPadam
  6. samalah kita..kene pakai nursing pad ni taknak basah..

    BalasPadam
  7. sue dah jarang pakai,sebab dah jarang basah tapi kalau keluar still bawa or pakai,datang mood susu banyak lencun gak baju heheheh...stok bnyak lagi ni heheh

    BalasPadam
  8. bestnya.. saya pun memang wajib pakai nursing pad, kalau tak habis melecun baju

    BalasPadam
  9. bagus nursing pad dari Shapee ni..memberi keselesaan kepada ibu menyusu

    BalasPadam
  10. Ok boleh rekemen ni kat kawan kawan yg masih breastfeed

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com