terkini dan sensasi

Isnin, 23 Julai 2018

Teruja dapat ke Bangi Wonderland

Assalamualaikum...(^ ^)


Kalau bab mandi manda kat themepark anak² Mas tak pernah tak teruja, maklumlah semuanya macam anak² itik suka main air. Semalam ada pulak rezeki dapat pergi ke Bangi Wonderland Themepark, haaa lompat bintanglah semuanya. Dengan mamanya sekali lompat bintang, teruja jugak tau!

Dah lama sebenarnya nak bawak anak² ke sana, sejak dari tempat tu dibuka lagi. Lega kali ni ada rezeki nak bawak diaorang, haaa memang mandi puas² 5-6 jam sampai kecut tangan kaki.



Sampai je kat sana dalam jam 10 pagi masing² dah tak sabar nak terjun tiruk dan main slide² yang ada. Nak pulak tengok Magic Funnel yang tersergam macam gergasi ni, lagilah anak² teruja. Tapi bila nak naik Arfan dan Airis tak lepas, jadi babahnya cakap semua tak perlu naiklah. Nampaknya kena datang lagi ni sebab mama pun tak dapat naik, kena jaga Aiyra yang demam. 

Tak dapat naik Magic Funnel ni anak² pun main slide yang lain, dan yang paling banyak kali diaorang main ialah Insane Racer ni. Airis yang kecik tu kemain suka dan seronok, sampai 8 kali dia ulang naik. Haaa mamanya mampu geleng kepala jelah, memang tak boleh larang dah. Tak sangka dia berani naik, Mas risau jugaklah mana tau dia takut kan sebab umur baru 6 tahun. Bukan Insane Racer tu je yang dia naik banyak kali, semua slide berkali² diaorang naik.



Kat Bangi Wonderland ni memang banyak tarikan permainan dan rides yang menarik, memang rugi tak cuba semua. Cuma kena ingatlah pasal keselamatan diri, kalau tak mampu atau tak berani janganlah naik. Risaulah kan jadi perkara yang tak diingini. Ini antara tarikan yang ada: 

1. Anaconda Trail
2. Body Slide
3. Boomeriang
4. Green Pearl
5. Insane Racer
6. Pirate-themed Kid’s Adventure
7. Magic Funnel
8. Meander River
9. Pirates Bay
10. Pirates Spa
11. Spiralax
12. The Fall
13. Water Cannon
14. Wonder Loop

Haaaaa lagi satu, sekarang ada tarikan terbaru di sini iaitu Water Cannon. Yang ni adalah permainan pertama yang ada di Malaysia tau, kalau berani memang wajib cuba. Jangan risau, aspek keselamatan memang dititikberatkan. Siapa yang nak cuba main akan dipakaikan jaket keselamatan, kalau tak tahu berenang pun boleh cuba main. Tengok dalam tembakan air tu ada orang tau, memang kecut perutlah kot kalau Mas cuba main. Mas teruja je tengok, agaknya kalau tak jaga Aiyra demam semalam mungkin Mas pun dah ditembak keluar dari air tu. Hahahaa Mas memang suka cuba mainan extreme camni, walaupun hakikatnya penakut!



Kemudahan lain di Bangi Wonderland
Datang themepark ni kita tak perlu risau bab nak simpan barang peribadi, bab nak makan, bab nak rehat dengan selesa kalau tak nak mandi sebab semuanya ada disediakan disini. Kemudahan loker untuk simpan barang banyak disediakan, harga pun berpatutan mengikut saiz loker. Pastu ada jugak tempat rehat berbumbung yang luas dan selesa, nak sewa Cabana pun boleh dengan harga RM75. 

Kafe, surau, tandas, bilik persalinan dan baby room pun ada. Semuanya bersih, kemas dan selesa untuk para pengunjung. Pastu Medic Room pun ada jika berlaku kecederaan atau kecemasan pada para pengunjung, pegawai medik sentiasa bersedia. Yang bagusnya setiap hari Ahad ada disediakan khidmat ambulan jika berlaku kes² yang serius.



Perkhidmatan sewa tube mestilah wajib ada kan, hanya bayar deposit RM10 dan harga tube RM14 dah boleh guna. Tapi pastikan ingat nombor pada tube tu, jangan tertukar dengan orang lain sebab masa pulang nanti barcode kat gelang tu akan discan dan barulah deposit dipulangkan. Kalau salah tube tak dapatlah semula deposit tu!

Harga tiket masuk Bangi Wonderland
Korang jangan risau pasal harga tiket, sebab bagi Mas sangat berbaloi dengan kepuasan yang korang dapat. Boleh habiskan masa lebih kurang 8 jam dalam tu, mandi puas² dan main slide banyak kali. Ini harga tiketnya:

Dewasa: RM55
Kanak²: RM45 (tinggi bawah 130 cm)
Warga Emas & OKU: RM28
Bayi & Kanak² tinggi bawah 90cm: Percuma



Tapi ada khabar gembira tau, sepanjang bulan Julai ni ada promo tiket. Memang sangat berpatutan dan berbaloi tau! Kena rajin tengok sosial media mereka sebab memang selalu ada promosi best camni, kena cepat² beli. Sekali sekala hiburkan anak² tak salah kan, Mas pun puashati sangat dapat bawak anak² ke Bangi Wonderland ni. Pastinya akan ada kali kedua, moga ada rezeki korang ye anak². 

Jom korang ke Bangi Wonderland, pasti teruja. Dapatkan maklumat lanjut disini:


Waktu operasi Bangi Wonderland
Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat:
11.00 pagi – 6.00 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum:
10.00 pagi – 6.00 petang

Tutup setiap hari Selasa kecuali semasa Cuti Sekolah dan Cuti Umum



12 ulasan:

  1. alamakkkk. mcm kena pegi jek ni. kena plan nii

    BalasPadam
  2. magig funnel?
    seram plak tengok.
    tapi rasa mcm nak kna test jugak tu.
    tengok dalam tv cambest je orang naik.

    BalasPadam
  3. bestnyaaa.....rindu nak pergi situ

    BalasPadam
  4. memang best + dekat dengan keel :D

    BalasPadam
  5. perghh seronoknyaa spend time dengan family mandi manda

    BalasPadam
  6. Seronok bdk2 tu kan. Kira ada pilihan utk org kaw bangi kajang n nilai

    BalasPadam
  7. Water Cannon tu kalau pinggang tak kuat jangan lah cuba..

    BalasPadam
  8. kita dah pergi dua kali..memng best..tapi sayang waktu tu pregnant..tak dapat naik gelongsor2 tu..hahaha

    BalasPadam
  9. salam kak mas..
    wah best bangi wonderland ni..
    trigin nak p..huuu

    BalasPadam
  10. Theme park dia serius macam best...

    BalasPadam
  11. best kan. nanti nak repeat la lagi datang sini

    BalasPadam
  12. Konpem nak repeat lagi nanti, si kembad enjoy sangat kat sana

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com