Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 13 Julai 2018

Virus HFMD makin menular!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa inilah yang paling Mas takuti bila ada anak kecil, sebab penularan virus HFMD ni memang mudah berjangkit pada anak² seusia Aiyra tu. Walaupun kadang kita dah terlebih jaga kebersihan dia tapi kalau dah nak kena ia tak kira dah semua tu. 

Jadi seeloknya kita cegah dan elak, maksudnya jangan dedahkan sangat anak² kecil kita dengan persekitaran luar. Sebab kadang tu ada ibu bapa yang tak prihatin, walau anak sakit tetap nak bawak ke tempat yang ramai orang. Contohnya musim raya ni, pasti kita banyak dapat jemputan rumah terbuka kan? Memang seronok dapat ziarah kawan² dan makan macam² tapi sedarkah kita telah dedahkan anak² kecil dengan virus HFMD ni.


Mungkin kita akan cakap, "Alaaa pergi rumah terbuka mestilah takde apa², tak kan ada penyebaran virus pulak!" Memang mungkin takde, tapi mungkin jugak ada sebab mana tahu ada anak² lain yang dah dijangkiti berada kat kawasan rumah terbuka tu. Jadi bagi Mas kalau ada anak kecil tu elakkanlah pergi rumah terbuka ni, kalau nak pergi jugak kena extra care. Seperti bawak hand sanitizer, bawak bekal air masak sendiri dan cepat² cuci tangan anak kita kalau dia terbersin atau terbatuk. Pastu janganlah nak dok berjam² kat rumah terbuka tu, lepas makan teruslah balik. 

Bukan sahaja ke rumah terbuka tapi elakkan jugak bawak anak kita ke hospital, memang niat kita nak lawat sedara mara sakit tapi tahukah kita telah dedahkan anak² dengan virus tu. Kat hospital kan ramai orang sakit, jadi kuman dan bakteria senang nak merebak. Nak pergi boleh tapi kita pergilah sendiri je, tak perlu bawak anak yang masih kecil tu. Lagi satu buat masa ni elakkan jugak bawak anak² ke tempat mandi manda yang terbuka, haaa tempat camni lagi sangat mudah dijangkiti virus² HFMD ni.

Mas dah pernah anak dijangkiti HFMD ni, susah nak jaga tau. Semua benda tak boleh kongsi dengan adik beradik lain, dan bekas² makan minum dia pun kena rendam dengan air panas. Tuala dan pakaian pun kena basuh dengan dettol setiap hari, tak boleh ulang pakai tanpa dibasuh. Anak pun kena kuarantin kat rumah je, jadi kita pun kenalah cuti kuarantin sama kan?

Jadi sebolehnya elak kita elakkan, cegah virus HFMD ni dari terus merebak!

3 ulasan:

  1. cepat berjangkit penyakit ni kan...

    BalasPadam
  2. Kuarantin kan anak tu yang ramai tak berapa prihatin, mungkin sebab tu sebab makin menular virus HFMD nih.

    Teringat anak kena dulu seksa tengok dia susah makan, menangis je sebab tak selesa.

    BalasPadam
  3. tu la takut je bab hfmd ni..kena jaga2

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com