terkini dan sensasi

Rabu, 1 Ogos 2018

Airis diterima ke Tahun 1

Assalamualaikum...(^ ^)

Permulaan yang baik bagi bulan Ogos, Airis diterima ke tahun satu di sekolah dipohon. Mula agak risau jugak kalau tak dapat, yelah sekarang kan susah nak dapat sekolah. Sebabnya banyak sangat orang mohon dan sekarang ni lebih kepada merit gaji. Kalau gaji besar mungkin tak layak!


Dah tahu dapat sekolah ni, senang sikit nak buat persiapan. Takpe beli awal, takdelah kalut nanti kan? Maklumlah tahun depan banyak belanja sikit, Arfan semua kena baru sebab dah masuk tingkatan 1. Airis pun kena baju baru jugak, baju kakak Atikah dulu mama dah sedekah kat orang. Kasut pun kena baru, yelah dah tukar ke kasut hitam kan?

Tahun depan Airis takde geng lah kat sekolah tu, maklumlah abang Arfan dah ke sekolah menengah. Mas takdelah risau pun sebab dia dah biasa kat sekolah tu, pra sekarang pun kat sekolah yang sama. Harap hari pertama sekolah nanti takdelah drama swasta, hahahaa maklumlah dia ni suka nak perhatian. Walaupun dah bersekolah dari umur 5 tahun tapi sifat manja terlebih tu susah nak hilang, nanti ada je drama dia!

Haaa bagi korang yang ada jugak anak nak masuk tahun satu 2019 dah boleh semak keputusan, layari je https://public.moe.gov.my. Pastu buatlah semakan samada berjaya atau tak, kalau berjaya akan ada ruangan untuk korang buat pengesahan. Sekarang pengesahan dibuat atas talian je, dah sah boleh cetak surat keputusan tu. Tak perlu dah nak ke sekolah dipohon untuk sahkan, tunggu je hari masuk sekolah nanti.

Kalau tak boleh buat pengesahan, lebih baik korang hubungi pihak sekolah. Manalah tahu ada masalah bagi permohonan anak tu, kang tak pasal² anak tak dapat sekolah. 

Haihhh tak sabar pulak nak tengok Airis masuk tahun satu, bukan apa sebab dah lama rasanya tak seronok anak masuk tahun satu ni. Hehehee!

3 ulasan:

  1. selamat menempuh alam sekolah yang sebenar airis :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah Airis, moga alam persekolahan akan mengajar jadi anak yang soleh dan lebih matang amin inshaAllah :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com