terkini dan sensasi

Khamis, 2 Ogos 2018

Bila anak² nak periksa

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila anak² nak hadapi peperiksaan mesti mak yang terlebih risau kan, berbanding ayah dan jugak anak². Hahahaa korang yang mak² tu mesti camtu kan?

Isnin depan Atikah dan Arfan akan periksa percubaan PT3 dan UPSR, tapi Mas tengok depa ni dok rilek je terutama Arfan. Atikah memang rajin jugaklah ulangkaji, risau jugak dia tak dapat score apa yang dah target. Kadang sampai 12 tengah malam dok mengadap buku lagi, Mas je suruh tidur awal sebab esoknya nak sekolah. Kang pukul 4.30 pagi Mas tengok dia dah bangun sambung ulangkaji lagi, haaa memang rajinlah dia.


Jadi dengan Atikah ni Mas takdelah risau sangat sebab tahu dia rajin, cuma dengan Arfan tu je. Bukan dia tak tahu hari Isnin dah nak periksa, tapi boleh je dia rilek dok tengok TV. Kena jerkah dengan mama barulah nak amik buku, pastu dah ambik tu bukan ulangkaji terus. Dia boleh pegang je buku dan sambung tengok TV, haihhh geram je tengok. Kena jerkah lagi sekali barulah nak buka buku. Sebab tu bila dia ulangkaji Mas suka dok sebelah, haaa takde peluang dia nak main². Kang tak pasal² tengok mak kau ni jadi singa!

Haaa camne Mas tak risau terlebih, tengok sikap dia yang sambil lewa tu lagi buat kita risau. Bukannya Mas nak dia score A untuk semua subjek, janji dia boleh jawap soalan dan lulus je. Mas tahu pelajaran susah sekarang, nak target tinggi di luar kemampuan anak tak boleh jugak kan? Biar mereka buat ikut kemampuan, yang penting dapat jawap semua soalan. 

Walaupun belum peperiksaan sebenar, rasa risau tu tetap ada. Sampai husband cakap Mas ni gelabah terlebih, kalah anak² nak pergi perang. Rilek² sudah dia kata, doakan anak² boleh jawap dengan baik je. Hahahaa nak buat camne kan, sindrom mak² gitulah. Berlagak tenang pun dalam hati tetap risau kan? 

Moga anak² Mas dapat hadapi peperiksaan Isnin nanti dengan tenang, dapat jawap dengan baik dan dapat keputusan yang bagus. Walaupun hanya percubaan tapi kena anggap itu periksa sebenarnya sebagai persediaan mental fizikal untuk hadapi yang sebenar nanti!

1 ulasan:

  1. Semoga anak-anak kak mas berjaya di dunia dan akhirat.. hihihi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com