Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 11 Ogos 2018

Dia boleh buat sebenarnya!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebagai ibu bapa memang kita nak yang terbaik untuk anak², terutama jika mereka hadapi peperiksaan. Bagi Mas bukanlah nak target mereka dapat semua A tapi nak mereka lulus semua subjek je. 

Tahun ni 2 orang anak Mas akan hadapi peperiksaan penting, sorang PT3 dan sorang lagi UPSR. Yang PT3 tu Mas tak risau sangat, sebab Mas tahu Atikah ni rajin ulangkaji dan mampu buat yang terbaik. Cuma Mas risaukan si Arfan yang akan duduki UPSR tu, maklumlah dia ni malas sikit nak ulangkaji. Bukan dia tak boleh buat tapi sikap malas tu yang lebih, asyik nak fikir main je.


Sejak dari awal tahun banyak dah ujian dia hadapi termasuklah peperiksaan ½ tahun, tapi asyik ada subjek yang gagal je. Pastu takde langsung subjek yang dapat A, haihhh kecewa jugaklah Mas. Bukanlah Mas target dia dapat A semua, cukuplah 1 atau 2 subjek je. Lagi satu Mas tak nak lah ada subjek yang gagal, nanti susah dia bila dah masuk sekolah menengah. Hari² dok suruh dia ulangkaji!

Minggu lepas dia dah duduki peperiksaan percubaan UPSR, jenuh jugaklah kerah untuk dia ulangkaji. Mas suruh dia buat soalan² peperiksaan tahun 2016 dan 2017, pastu suruh dia ikut masa sebenar peperiksaan. Dan tak sangka berkat kerahan tu, berjaya jugak dia dapat A untuk subjek Bahasa Melayu Pemahaman. Haaa itulah Mas cakap, dia bukan tak boleh tapi malas tu yang lebih. Kalau buat betul² tak mustahil dia boleh score A untuk 2-3 subjek. 

Mas harap sangat dia dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan sebenar nanti, Mas nak dia lulus semua subjek. Dapat A untuk 1-2 subjek pun dah memadai, jangan ada yang gagal je. Insya Allah dia boleh, Mas sentiasa akan bagi dorongan dan doakan yang terbaik!

4 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com