Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 4 Ogos 2018

Diduga, Mr Ex rosak lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam lepas kerja Mas berkobar² nak balik kampung, walaupun kali ni kena balik dengan anak² je tapi tetap Mas gagahi. Niat balik memang nak makan buah, di samping tu makcik jiran ada buat kenduri kahwin anaknya. Jadi 2 dalam 1 lah!

Seawal jam 4.30 petang Mas dah gerak dari rumah, bersemangat tu! Dari rumah sampailah lampu isyarat simpang Dengkil tu jalan agak sesak, mungkin ramai nak balik kampung. Sekali lepas je lampu isyarat tu tetiba kereta bergerak perlahan, tekan minyak sampai habis tetap tak mau laju. Haaa sudah, apa pulak masalah kali ni! 


Mas terus tekan jugak minyak sebab nak bagi sampai ke bahu jalan, enjin masa tu tak mati lagi. Mas masuk terus ke lorong kiri dan bagi double signal, memang perlahan sangat kereta masa tu. Kereta belakang semua dah pakat hon, padahal Mas dah bagi double signal menandakan kereta ada masalah. Akhirnya puas menekan minyak, sampai jugak kereta ke bahu jalan. 

Berhenti je kereta terus enjin mati, pastu nak hidupkan semula dah tak boleh. Allah memang dugaan sangat, terpaksa tunggu husband datang. Nasiblah belum sampai highway, kalau tak memang naya jugak. Dah lah Mas dengan anak² je, panik jugaklah sikit masa tu. Husband sampai terus telefon towing insurans dan tarik kereta ke rumah, nak hantar proton RM600 depa nak untuk kos baiki. Haaa mana mampu waktu² camni, memang duit tak mencukupi.

Terbatallah hasrat nak balik ke kampung, melepaslah nak makan durian lagi. Tapi husband usahakan jugak baiki, dia kesian ke Mas nak balik kampung. Sampai tengah malam dia dok baiki semalam, rupanya masalah fuel pam jugak. Terpaksalah buat bagi elok, dan alhamdulillah menjadi. Jimatlah kos baiki, hanya beli barang sikit je. 

Esok Mas akan balik hari je ke kampung, akan bertolak seawal jam 5 pagi. Dapatlah pergi kenduri kahwin anak makcik jiran tu, dan moga ada rezeki dapat makan buah terutama durian!

3 ulasan:

  1. alhamdulillah...dah sampai kampung ke ni?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, nasib baik takde pa pe.. tapi berani juga kak mas nak balik kampung sendiri dengan anak2 je..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..nasib takde apa2 kan..nasib jugak blom masuk highway lagi..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com