Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 13 Ogos 2018

Kes dera kanak² makin berleluasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni banyak betul tengok orang kongsi kat FB pasal kesa dera dan pukul kanak² di taska tu, haihhh takde kekuatan nak tengok. Itu pun masa dok buka FB tertengok sekejap, Ya Allah mengigil terus satu badan. Menyirap je darah tengok perangai setan 2 orang pengasuh tu, dia ingat anak² tu patung kot. 

Pukul dan herdik sesuka hati tanpa belas kasihan, macam takde anak sendiri je. Padahal dua² dah tua tu, memang tak sedar diri betul. Dia ingat mak ayah hantar anak² ke taska tu percuma kot, sebab tu sesuka hati je buat camtu. Mas tak boleh hadamlah korang, rasa nak pergi je ke Melaka tu cari depa. Pastu ganyang cukup², haihhhh geram!

kredit Kosmo Online

Betul kan, sekarang kes dera ni dah makin berleluasa. Si pelaku ni seolah tak serik dan takut, padahal dah ramai yang kena tangkap. Baru je sebulan lebih kita bersedih pasal kes kematian arwah adik Adam tu, ini kes camni pulak terjadi. Rasanya hukuman kepada si pendera ni kena lebih setimpal, supaya beri impak pada orang lain. Janganlah dah tangkap pastu boleh dijamin sesuka hati dengan wang jaminan yang murah. Patutnya biar je mereka meringkuk dalam penjara sehingga dibicara, kalau memang bersalah bagi hukuman lebih berat. 

Bila mereka ni dah tak takut dengan undang², itu yang perkara camni boleh berlaku lagi. Mereka berani je pukul dan dera anak orang sesuka hati, takde rasa takut pun. Padahal kat premis taska tu ada dipasang CCTV, tapi mereka buat jugak tanpa rasa bersalah. Kita yang tengok ni terkesan tau dengan perkara camni, mulalah dok risau nak hantar anak² ke taska. Bukan tak yakin pada pengasuh atau taska tapi sedikit sebanyak perkara camni bagi impak negatif, taska yang bagus pun ada terkena tempiasnya.

Jadi Mas harap sangat pihak berwajib ambil tindakan lebih tegas, kena sentiasa buat spot check kat taska² ni. Pastu siasat latar belakang pengasuhnya tu, biar yang ada sijil pengasuhan kanak² ni. Lagi satu kita ibu bapa pun kena peka pada sikap anak², kalau dia takut dan tak mahu ke taska tu mesti ada sesuatu yang tak kena, Jadi cepat² siasat dan bertindak! Moga anak² kita dilindungi dan tiada lagi kes sebegini.

4 ulasan:

  1. lepas tengok video ni kan kat FB, terus nangis ... memang terasa sangat ...

    BalasPadam
  2. saya pun ada tengok jugak semalam video ni tapi tengok sekerat je. allahu tak sampai hati nak tengok sampai habis. kalau marah sekalipun, jangan lah sampai macamtu

    BalasPadam
  3. susah nak kata golongan macam ni, tah mane ilangkan hati sifat kemanusiaan tu

    BalasPadam
  4. allahuakhbar.. manala hilangnya rasa kasih sayang tu. kanak2 kot nak buat macam tu T.T

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com