terkini dan sensasi

Selasa, 7 Ogos 2018

Kuarantinlah anak² tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haihhh makin ramai anak² dijangkiti virus HFMD ni, naik risau pulak. Nak bawak anak ke pasaraya dan taman permainan pun takut, risau ada yang tak prihatin dok bawak anak yang dijangkiti ke tempat awam camtu. 

Tapi memang ada pun ibu bapa yang pentingkan diri sendiri dan tak prihatin ni, akal letak mana pun Mas tak tahu. Patutnya dah diberi cuti kuarantin tu oleh doktor, tolonglah manfaatkan dengan jaga anak di rumah. Bukannya kau dok syok cuti, sampaikan selamba je bawak anak tengok wayang dan jalan² di pasaraya. Pastu ada jugak yang bawak anak² ke taman permainan, dan biarkan anak dia bermain dengan kanak² lain yang sihat. Haaa dengan mudahlah virus tu merebak. 


Mas kadang tak faham ibu bapa camni, entah apa yang mereka dok fikir. Seronok sangat ke dapat cuti 2 minggu sebab anak sakit tu? Mas pernah anak kena HFMD, Mas tahu camne siksanya anak tu tanggung sakit. Usahkan nak bawak jalan² merata, nak bawak keluar rumah pun Mas tak berani. Yelah takut anak kita tersebarkan virus tu, jadi memang memerap dalam rumah 2 minggu. Dengan abang dan kakaknya pun Mas sisihkan sebab risau berjangkit, inikan pulak nak dedahkan dengan dunia luar.

Jadi Mas nak seru pada ibu bapa yang ada anak² dijangkiti HFMD, atau pun penyakit lain yang boleh berjangkit untuk kuarantin di rumah. Manfaatkan cuti kuarantin tu untuk jaga anak sebaik mungkin sehingga dia betul² sihat. Bila anak tu dah sembuh nak pergi jalan kemana² bolehlah pergi, tiada siapa nak risau jika anak dah sihat kan? Kalau kita betul² prihatin, ia dapat membantu mencegah virus ini dari merebak. 

Lagi satu kalau anak kita dah dijangkiti maklumkan kepada pihak taska atau sekolah, janganlah dok diam je. Bila dah bagitau tu senang pihak taska atau sekolah nak ambik tindakan selanjutnya bagi mencegah virus tu merebak ke anak² yang lain. Jadi prihatinlah dan beringatlah demi kesihatan anak² kita!

2 ulasan:

  1. Betul apa yang kak mas katakan. Saya pun kuarantin anak2 saya kat rumah walaupun mereka sihat dan bebas dari hfmd, sebab nanti kalau keluar rumah, takut berjangkit dari orang lain. Mencegah lebih baik dari merawat

    BalasPadam
  2. Kebelakangan ini banyak kanak-kanak yang kena dengan penyakit tangan, kaki & mulut tu. Menjaga kebersihan mereka amatlah penting sekarang.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com