Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 27 Ogos 2018

Lampin dan Produk Penjagaan Bayi Kira Kira Baby

Assalamualaikum...(^ ^)

Pemilihan lampin pakai buang dan produk penjagaan bayi memang menjadi perkara utama bagi seorang ibu, yelah nak pastikan anak² sentiasa bersih dan selesa kan? Jadi mestilah ibu² nak pilih produk yang terbaik untuk bayi mereka, terutamanya yang bebas dari bahan kimia. 


Ok ni Mas nak perkenalkan produk Kira Kira Baby, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun. Haaa sekarang ni produk Kira Kira Baby ni dah ada di Malaysia tau, nanti bolehlah ibu² cuba guna. Jom Mas cerita satu persatu mengenai produk Kira Kira Baby ni, comel sangat tau packaging dia.

Lampin Kira Kira Baby
Diperkenalkan dengan 2 jenis pilihan iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Dah ramai pengguna berkongsi pengalaman yang mereka berpuashati dengan pilihan lampin ni, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam. "Bagi membolehkan bayi anda tetap selesa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda!" kata Patt Sue Ann, Pengarah Komersial-MOOCC bagi Pengasas DSG Malaysia Sdn. Bhd.


Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz New Born dan S. Ia diperbuat daripada bahan² premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Pastu pada lampin ni ada bantuan penunjuk kelembapan, jadi ibu bapa dengan mudah boleh tahu masa bila lampin perlu ditukar. Haaa bagus ni, takdelah kulit bayi terkena ruam dan boleh elakkan kerengsaan kulit. Lagi satu dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut dapat mengekalkan pemakaian lampin pada bayi, boleh mereka bergerak lebih selesa.


Ultra Soft & Dry Premium Pants pulak terdapat dalam pelbagai saiz dari M hingga ke saiz XXL. Pants camni memberikan kesenangan dan lebih mudah dipakai, terutama kalau bayi kita terlalu lasak. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan 2 lapisan memberikan rasa kering dan segar yang lebih lama kepada bayi. Bukan itu saja, ukuran perut dan kaki yang selesa membolehkan si manja bergerak dengan mudah. Mas pun dah cuba pakaikan yang jenis pants ni kat Aiyra, memang kekal kering lama tau. Pastu material yang lembut tu buat Aiyra rasa selesa bila pakai.

Produk Penjagaan Bayi Kira Kira Baby
Selain lampin, Kira Kira Baby jugak pakar dalam produk penjagaan bayi organik. Produk ni mengandungi hanya bahan² organik semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan² kimia berbahaya. Terdapat 3 produk iaitu:


1. Kira Kira Top to Toe Wash (400ml) berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Menggunakan ekstrak camelia japonica ia menjadikan kulit bayi lembut bila disentuh. Ia jugak mudah dibilas, jadi memang tak akan ada sisa sabun tertinggal pada kulit bayi.  

2. Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusannya berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekit, ia jugak dapat melembap dan menyerap cepat ke dalam kulit.

3. Kira Kira Nappy Cream (50ml) jugak diperkaya dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit bayi. Ia jugak dapat melindungi kulit bayi daripada ruam lampin. 


Haaa dah tahu kan kelebihan lampin dan produk penjagaan bayi Kira Kira Baby ni, camne pulak dengan harga? Mereka menawarkan harga yang berpatutan tau, dan untuk penjimatan yang lebih besar pengguna boleh membeli produk Kira Kira Baby menerusi laman web Shopee. Hanya layari http://bit.ly/KiraKiraShopee, dan pembelian melebihi RM100 masukkan kod promo KK25LAUNCH sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. Kod promosi ini sah sehingga 30 September 2018, apa lagi cepat² pergi dapatkannya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kira Kira Baby, boleh layari dan like Facebook mereka di www.facebook.com/kirakiramalaysia.


11 ulasan:

  1. wah mudah boleh beli kat shopee

    BalasPadam
  2. Nama Kira Kira Baby tu pun dah comel hehe

    BalasPadam
  3. Wah, comel nya produk kira kira banyak ni

    BalasPadam
  4. comel je barang2 dia. nama pun comel. hehehe

    BalasPadam
  5. produk baru ni. baru tahu. comel

    BalasPadam
  6. Guna bahan2 organik je eh.. bagusnya.. Boleh guna kat baby tanpa was was..

    BalasPadam
  7. Biasanya kalau teknologi jepun.. Mesti ok produk ni.. Bestnya

    BalasPadam
  8. nampak best pampers dia..comel je nama dia

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya! lampin bayi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com