Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 8 Ogos 2018

Makin rajin kau menulis!

Assalamualaikum...(^ ^)

Ada jugak kawan yang tegur Mas makin rajin menulis blog, setiap hari mesti ada entri. Rajin tak rajinlah sebenarnya, ia lebih kepada passion yang ada dalam diri. Rasa macam tak lengkap je hari tu jika Mas tak tulis sesuatu kat blog ni. Walaupun kadang tu takde idea tapi nak jugak perah otak, janji ada cerita yang nak dikongsikan. 


Kalau diikutkan masa mula berblog tahun 2011 tu lagilah Mas rajin menulis, sehari sampai 3-4 entri. Tapi Mas perasan masa tu entri Mas kosong je, takde langsung perkongsian yang bermanfaat. Lebih kepada syok sendiri je, main tulis apa yang nak ditulis. Kadang merapu je, nak baca balik pun naik segan. Jadi Mas banyak buang je entri lama² dulu.

Tapi sekarang Mas dah perbaiki mutu penulisan, dalam setiap entri tu mesti akan selitkan sedikit ilmu atau perkongsian yang bermanfaat. Ini penting bagi Mas walaupun hanya entri pasal anak² je. Kalau entri kerja tu Mas akan pastikan ada info dan maklumat lengkap, barulah pembaca puashati baca kan?

Menulis blog ni sebenarnya dah macam ketagih, susah nak berhenti. Mas pernah rasa nak berhenti berblog, tapi bila baca semula entri² lama rasa sayang pulak kalau berhenti. Ingat susah payah dan kenangan masa mula² berblog dulu, semuanya rugi kalau dilupakan. Jadi walau banyak kekangan masa dan keadaan, Mas cuba jugak menulis setiap hari. Bila hari² ada entri semangat tu akan lain macam, tak lengkap rasa hidup kalau tak menulis. Mesti nak jugak capai handphone dan mula menulis, walaupun dah dekat tengah malam baru entri muncul.

Jadi rajin tak rajin tu bukan setakat pada bila ada entri je kita tulis, tapi pada tekad dan semangat untuk terus berblog tu! Haaa siap jugak entri untuk hari ni walaupun takde idea mulanya nak tulis apa. Hehehee!

3 ulasan:

  1. Setuju,tapi kkdg kekangan masa,tu yg terabai,tapi bak kata org nak seribu daya kan hehehhe....

    BalasPadam
  2. saya pulak blogging bagaikan satu terapi untuk saya..kalau dah update blogging rasa tenang..kalau tak update, rasa moody..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com