terkini dan sensasi

Khamis, 23 Ogos 2018

Pengalaman bawak Aiyra tengok wayang

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa sebelum Mas review pasal filem MI Fallout tu, ni nak cerita sikit pengalaman bawak Aiyra masuk panggung. Memang tak pernah dibuat Mas bawak anak sekecil tu tengok wayang, masa kakak² dan abang dia dulu bila dah umur 3 tahun keatas baru berani bawak. 

Hehehee tapi kali ni entah kenapa Mas beranikan diri nak bawak anak baru berusia 10 bulan masuk ke panggung. Husband Mas yang beria sangat nak tengok cerita MI tu, Mas memang takde keyakinan sangat nak pergi. Risau Aiyra dok meragam dalam pawagam tu, maklumlah gelap dan bunyi sound system yang kuat. Kang tak pasal² dia melalak, Mas pulak yang kena keluar. Haaa rugi je beli tiket, nak tengok cerita pun tak dapat!


Tapi dek kerana rasa nak tengok jugak filem MI tu, Mas tawakal je. Siap cakap kat husband, kalau Aiyra meragam dia yang kena keluar panggung. Hahahaa ai tak nak keluar, nak tengok cerita sampai habis. Masa mula² masuk tu Aiyra macam biasa, nampak dia seronok. Dok dia atas riba sambil ralit tengok skrin besar depan mata, mulut dia bising sikit²lah. 

Bila cerita dah mula dalam 15 minit camtu, dia dah nampak resah. Tak nak dipegang dan duduk diam, meronta² mintak dilepas. Mas masa tu dah rasa nak keluar je, tapi cuba jugaklah pujuk dia. Pastu dia macam dah nak mengamuk menangis dan dok genyeh² mata, Mas syak dia mengantuk. Apa lagi teruslah bagi mengempeng, hahahaa nasiblah gelap dalam tu. Dapat menyusu terus 2 jam dia tidur, dapatlah Mas tengok wayang dengan aman. 

Lagi ½ jam cerita nak habis dia dah bangun, apa lagi buat onarlah sekejap. Dia takdelah meragam sebab dah puas tidur kan, cuma mulut dia dok bising. Puas jugak nak suruh diam, macam² bagi dia main. Dia takdelah jerit kuat², dok bunyi aaaaa aaaaa je. Cuma Mas risaulah kan, takut ganggu orang lain yang tengah syok menonton. Tapi disebabkan sound system yang kuat tu, takdelah suara Aiyra ni didengari sangat. Jadi semuanya masih boleh dikawal, kami pun dapat tengok cerita sampai habis.

Haaa camtulah pengalaman Mas bawak Aiyra menonton wayang, masih boleh dikawallah. Cuma lepas ni kena fikir banyak kali kalau nak bawak lagi, mungkin tunggu dia dah umur 2 tahun lebih ke. Bukan serik tapi Mas kesian je dekat dia, agak tak selesa dok dalam panggung tu 2 jam lebih. Memang dia tidur lama, tapi Mas pulaklah yang tak selesa sebab dia tidur sambil mengempeng. Sakit pinggang mak kau ni nak, hahahaa! Tapi apa pun ia suatu pengalaman yang manis, mana tau lepas ni nak bawak lagi. 

3 ulasan:

  1. pintarnya aiyra, nasib baik dia tidur kalau tak mesti kak mas resah gila nanti

    BalasPadam
  2. hehehe pengalaman pertama mesti tak lupa kan. comel jeee.. CT kalo pegi bawak anak2 buah yang besar sebab cheq x penyabar takut yang kecik nangeh x reti pujuk..

    BalasPadam
  3. waahh! bagusnya aiyra. nasib baik dia tak meragam dalam tu..lepas baca entry ni, rasa teringin juga nak bawa baby tengok wayang. hihi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com