Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 20 Ogos 2018

Projek merebus belimbing buluh

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa memang banyak rezeki balik kampung tahun ni, macam² menjadi kat dusun ni. Laaa ni pun buah rambutan semua masak ranum kat atas pokok tu, puas lagi makan. 


Pastu buah belimbing buluh pulak banyak berbuah, lebat sangat. Mula dok fikir nak buat apalah dengan buah banyak camni, tak kan nak makan camtu je. Sekali adik Mas cakap kita rebus buat sambal hitam lah, boleh jugak makan. Hehehee terlupa pulak Mas pasal sambal hitam ni, nama je orang Pahang!

Jadi semalam apa lagi, projek mengutip belimbing buluh pun bermula. Mula cadangnya Mas nak kutip dan bawak balik ke Salak je, rebus kat sana. Tapi adik cakap nanti habis setong gas, nak rebus belimbing ni makan masa lama sampai berjam². Heheheee terus jelah rebus kat kampung ni guna api kayu, haaa senang. Mulanya guna periuk kecik je, sekali kutip punya kutip buah terlampau banyak. Teruslah guna periuk besar!



Lebih kurang 7 jam jugak kami merebus semalam, dari jam 6 petang sampai 12 tengah malam. Mas rebus belimbing ni hanya belimbing dan garam sahaja, air tak letak pun sebab air belimbing tu akan keluar banyak. Rebus memang sampai kering dan belimbing tu jadi hitam, pastu Mas takdelah buat sambal hitam terus. Simpan je belimbing tu camtu, nanti nak makan baru campur cili dan ikan bilis yang ditumbuk. Kalau ikut arwah mak dulu, belimbing rebus ni boleh simpan bertahun kalau rebus lama sampai kering. 



Haaa dapatlah seperiuk ni lepas dah direbus sampai kering, nanti nak bahagi sikit sorang adik beradik. Fuhhh sedap tau, rasa masam masinnya. Ini kalau jual ni RM40 sekilo tau, fuhhh untung! Tapi Mas takdelah nak jual, nak makan je. Memang puashati dapat buat sendiri, puas makan nanti.


2 ulasan:

  1. gambar yang last tu sambal itam ke atau belimbing selepas kering direbus?

    BalasPadam
  2. uuuuish sedapnya. makan yang fresh tu pun dah sedap tumbuk2 pastu tumis. nyumms..
    and banyak gileee buah. dulu slalu pekena anak2 buah. kata sedap ahahah.. trkulat2 depa makan..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com