Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 9 Ogos 2018

Selamat menunaikan Haji mak abah!

Assalamualaikum...(^ ^)

Syukur Ya Allah, mak abah dah selamat tiba di Tanah Suci Makkah. 


Sebenarnya mereka tak duga pun akan dapat menunaikan haji tahun ni, sebab lepas buat rayuan dengan Tabung Haji dijangka akan pergi tahun 2019. Tapi dah rezeki kan, lebih kurang sebulan lebih sebelum pergi dapat surat panggilan. Lega Allah permudahkan rezeki mereka, setelah sekian lama menunggu. 

Urusan hari ni berjalan lancar, mak abah sampai dari Kuantan jam 10 pagi. Mereka rehat kat rumah kakak ipar di KL pastu lepas Zuhur terus ke Movenpick Sepang. Mas hanya tunggu kat sana je, dekat dengan rumah kan? Senang bila Tabung Haji dah buat kompleks kat Sepang ni, dah dekat dengan KLIA. Tempatnya pun luas dan selesa, parkir pun mudah. Ruang menunggu pun luas, walaupun ramai keluarga jemaah lain dok tunggu jugak kat situ.


Hari ini pun ada dua penerbangan, mak abah mertua Mas untuk penerbangan kedua. Pukul 4 petang baru boleh daftar masuk, pukul 6 baru mereka gerak ke KLIA. Keluarga hanya boleh hantar kat Anjung Ketibaan tu je, lepas jemaah dah daftar masuk memang tak boleh jumpa dah. Tak dibenarkan keluarga untuk tunggu di KLIA, pihak Tabung Haji tak nak bersesak² kat sana. Bagus camni, memudahkan urusan jemaah!

Macam mak abah ni, penerbangan mereka akan terus ke Makkah. Tak singgah Madinah dulu, mungkin sebab dah hampir ke bulan Zulhijah kan. Waktu balik nanti baru mereka akan ke Madinah dulu, balik 19/9 nanti. 




Mas doakan moga urusan mak abah di sana dipermudahkan dan selamat semuanya. Moga mereka dapat haji yang mabrur, Insya Allah amin!

4 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan. Selamat pergi dan selamat pulang. Amin..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah
    semoga kita akan kesana jua
    amin

    BalasPadam
  3. Semoga urusan ibadah haji parents Mas dipermudahkan oleh Allah SWT.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah rezeki. semoga selamat semuanya ibadah dan kesihatan =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com