Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 16 Ogos 2018

Tarikh peperiksaan anak² dah hampir

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaa mula² ingat ada lah gap seminggu, maknanya lepas Arfan periksa rehat seminggu pastu baru kakak periksa. Bila ada gap tu bolehlah mama tenangkan fikiran sikit, sapa tak risau anak² nak periksa oiii!


Tapi jangkaan meleset, rupanya lepas Arfan periksa UPSR minggu depannya kakak pulak periksa PT3. Fuhhh semput mama, 2 minggu berturut kena ambik cuti. Mas kalau anak periksa memang wajib ambik cuti, nak luangkan masa dengan anak². Beri kata semangat, bantu mereka ulangkaji, masak untuk mereka dan doa yang baik² untuk mereka. Sekurangnya bila Mas ada anak² lebih tenang nak hadapi peperiksaan. 

Biasanya Mas akan ambik cuti sepanjang anak periksa tu, kalau 4 hari maka 4 harilah Mas cuti. Tapi tahun ni tak boleh nak buat camtu sebab 2 orang anak periksa, lagi pun cuti rehat Mas dah tinggal 10 hari je. Jadi terpaksalah ambik 2 hari je, untuk Arfan 2 hari dan untuk kakak 2 hari. Yang selebihnya kenalah babah diaorang yang uruskan. 

Haihhh berdebar kan bila anak² nak hadapi peperiksaan ni! Mas memang akan rasa camtu, tak taulah korang camne. Sebab itulah lagi dekat dengan tarikh exam Mas lagi pantau anak² dan pastikan mereka sentiasa sihat dan selamat. Yelah mesti kita tak anak apa² berlaku kepada anak² sebelum tarikh peperiksaan, jadi kena jaga betul². Pastu kena pastikan jugak mereka dah bersedia dan cukup ulangkaji!

Moga Atikah dan Arfan dapat hadapi exam dengan tenang nanti, dapat jawab dengan baik semua soalan, diterangkan hati dan dilapangkan dada serta fikiran. Insya Allah mereka boleh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com