Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 7 September 2018

Bantu anak² belajar semasa cuti

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh senyum lebar semuanya, maklumlah esok sampai Selasa cuti 4 hari kan? Kalau yang cuti banyak tu boleh ambik direct terus, dapat 10 hari. Pastu mesti ramai yang balik kampung atau pergi bercuti kan, tapi jangan lupa jaga diri tau! 


Mas cuti kali ni memang tak ke mana², hanya mereput je kat rumah. Bosan memang bosanlah tapi nak buat camne, ada sebabnya terpaksa mereput tu. Salah satu sebab husband Mas kena kerja 24 jam dalam bulan ni, memang dia tak boleh nak cutilah. Lagi satu sebab yang utama ialah anak² Mas nak hadapi peperiksaan tak lama lagi, jadi takdelah cuti² dan jalan² kan? Mereka kena tumpukan lebih perhatian pada pelajaran, bukan masa nak seronok² dah.

Selain tu mereka jugak ada kelas tambahan sepanjang cuti ni, wajiblah pergi selain ulangkaji kat rumah. Kalau tak pergi nanti ketinggalan pulak apa yang dipelajari, mana tau cikgu ada bagi soalan spot ke? Mas tak nak sebab nak pergi jalan², anak terpaksa ponteng kelas tambahan. Lagilah tarikh peperiksaan mereka tinggal beberapa minggu je lagi, mesti kena beri tumpuan sepenuhnya!

Pastu mereput kat rumah pun bukan Mas duduk saja, kenalah jadi cikgu yang garang untuk anak². Kalau Mas tak bantu mereka ulangkaji siapa lagi nak tolong kan? Tak kan nak harap kelas tambahan dari cikgu je kan, kita sebagai mak ayah kena bantu jugak. Barulah anak² lebih bersemangat nak belajar, dan lebih bersedia nak hadapi peperiksaan. 


Selain bantu Atikah Arfan yang nak periksa penting tu, Mas ajar Airis jugak. Bagi dia buat latihan lebih sikit, nak Ujian Linus tak lama lagi jugak. Moga apa yang Mas bantu anak² dapat beri kejayaan pada mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com