terkini dan sensasi

Selasa, 4 September 2018

Bisnes jual aiskrim Malaysia

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah lama sebenarnya si Arfan dan Airis tu suruh mamanya buat aiskrim Malaysia ni, excited mereka nak jual. Tapi Mas ni saja tak nak buat, malas satu hal dan satu lagi sebab dah ada jiran kat situ jual aiskrim. Tak nak lah nanti dia kata Mas nak caras bisnes dia pulak, haaa tengok baik tak ai!

Pastu entah camne tergerak hati nak buat, yang utamanya sebab kesian kat anak². Mas tengok Arfan sampai buat sendiri aiskrim, sehari dia buatlah 5 batang aiskrimnya. Laku pulak tu walaupun aiskrim tu tak berasa sangat, taulah budak² buat kan? Ada je anak² jiran dok datang beli, dia jual 20 sen sebatang. Jadi bila dah tengok anak gigih camtu, Mas pun rajinkan diri buat. 


Masa sebelum cuti minggu merdeka tu Mas buat 2 jenis aiskrim, Bandung Choki² dan Milo Choki². Dapatlah 40 batang, 20 batang untuk setiap jenis aiskrim. Haaa apa lagi seronoklah depa nak menjual, siap dah bagitau dekat kawan². Sampai tak sabar tunggu aiskrim keras, asyik dok tanya je bila boleh jual. Mas jual 50 sen sebatang sebab buat panjang sikit aiskrimnya. 

Alhamdulillah jualan aiskrim dapat sambutan, setiap hari ada je budak² datang beli. Sampaikan sebelah malam pun ada yang datang beli, mereka beli ni biasanya kalau siang kami takde kat rumah. Pastu semua puji sedap aiskrim Mas buat, panjang pulak tu depa cakap. "Tak sama dengan aiskrim makcik sebelah buat, aiskrim mama kau buat lagi sedaplah Arfan." Haaa itu yang kawan² dia dok bagitau!

Hehehee senyum lebarlah mama, takde dah fikir pasal dok caras bisnes orang. Dalam berniaga kenalah ada saingan kan, kalau apa yang kita jual berkualiti pasti pelanggan akan suka beli. Jadi minggu lepas buat lagi aiskrim dek kerana jualan laku keras, kali ni buat aiskrim Milo Choki² dan Asam Boi. Aiskrim milo tu permintaan tinggi, jadi memang kena selalu buat. Buat 20 batang lebih sekejap je habis!


Pastu bukan anak² jiran je dok beli, yang dalam rumah pun sama. Siap bayar lagi kalau nak makan, depa tahu mamanya berniaga kan? Kalau makan free je sampai bila tabung aiskrim tu nak penuh, betul tak? Mas nak makan pun bayar tau, hehehee! 

Moga bisnes aiskrim anak² ni makin laris, duit memang Mas kumpul untuk mereka. Depa pun seronok tengok duit dah makin banyak!

7 ulasan:

  1. alhamdulillah rezeki.adik sy pun peniaga ais krim malaysia viral..macam2 variasi ada..

    BalasPadam
  2. waaahh! bestnya.. semoga bisness aiskrim kak mas boleh berkembang maju. Lepas ni boleh jual kat sekolah diaorang pula dan kat ofis kak mas. hehe

    BalasPadam
  3. memng akan ada orang beli buat aiskrim ni

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, saya suka baca entri macam ni. Buat orang baru nak berniaga naik semangat. Pasal makcik sebelah tu biarlah, bukan ganggu dia pun.

    BalasPadam
  5. Wahhh!! semoga makin murah rezeki kak Mas.

    BalasPadam
  6. sedapnyer..lame xmkn askem msia ni..hehe

    BalasPadam
  7. Boleh dapatkan resepinya Kalau tak keberatan.
    Hasnah Ahmad
    Penang

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com