terkini dan sensasi

Khamis, 6 September 2018

Cuti semasa anak periksa

Assalamualaikum...(^ ^)

Perlu ke cuti semasa anak periksa penting ni?

Perlu ke tak bagi Mas terpulang pada masa dan keadaan kita, kalau masih ada cuti elok jugak kita luangkan masa di samping anak² saat dia hadapi peperiksaan tu. 

Macam Mas masa Atikah periksa UPSR dulu memang Mas cuti sepanjang dia periksa tu, 4 hari berturut. Cuti pun banyak masa tu, jadi apa salahnya Mas luangkan masa untuk dia. Masak makanan berkhasiat untuk dia, bantu dia ulangkaji untuk subjek esok hari dan bagi kata² semangat untuk dia. Jadi takdelah dia kelam kabut sorang diri nak urus itu ini, lagi pun husband Mas kerja syif. 


Tapi tahun ni Mas tak boleh nak cuti lama sepanjang anak² periksa, sebabnya tahun ni 2 orang yang periksa. Kalau ikutkan memang nak cuti sepanjang mereka periksa tapi cuti rehat Mas pun ada 9 hari je lagi, anak² nak periksa 7 hari semuanya. Haaa memang tak cukuplah, lagi pun mereka periksa direct 2 minggu tu. Arfan periksa UPSR dari 24/9 hingga 27/9, Atikah periksa PT3 dari 1/10 hingga 3/10. Takde gap langsung!

Jadi Mas cadang mungkin ambik cuti 2 hari je untuk setiap sorang, hari pertama dan kedua periksa je. Janji dapat jugak cuti, dapatlah luangkan masa 2 hari sorang untuk mereka. Kalau tak ambik langsung cuti rasa tak sedap hati pulak, rasa macam tak bantu langsung anak² nak hadapi peperiksaan. Sekurangnya hari pertama mereka nak melangkah ke sekolah tu, Mas ada disisi bagi kata² semangat. Hari yang berbaki tu Mas doa dari pejabat jelah, moga mereka dapat jawab soalan dengan baik. 

Gitulah Mas sebagai mak, ni pun dah debar rasa sebab tak lama lagi je anak nak periksa. Anak² rilek je, hehehee!

2 ulasan:

  1. semoga arfan dan atiqah beroleh keputusan yg cemerlang..

    BalasPadam
  2. salam kak mas..
    wahh ni xlame je lagi nk periksa kan..
    ni tgu hbis periksa la smbung cuti lagi kan.hehe xpe
    moga ank2 dpt jwb periksa dgn baik =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com