Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 8 September 2018

Dek kerana nasi kosong + tempe!

Assalamualaikum...(^ ^)

Sejak ada SST ni Mas tengok harga barang tak banyak berubah, ada yang murah dan ada jugak yang makin mahal. Kalau pergi kat pasaraya tu kena pandai pilih, sebab ada je barangan yang kita boleh dapat dengan harga murah, terutama masa sale


Tapi sekarang Mas nak cakap pasal harga makanan di kafe pejabat, huhhh makin naik pulak harganya. Sebelum SST Mas pernah beli nasi kosong sesenduk dan 5 keping tempe, harganya cuma RM2.60. Pastu lepas SST Mas beli benda yang sama, sekali kena RM5. Fuhhh melampau betul, Mas rasa peniaga ni yang ambik kesempatan. Saja naikkan harga sesuka hati, siaplah kau aku buat aduan!

Dek kerana perkara sebeginilah Mas rela masak sendiri kat rumah dan bawak bekal. Biarlah korban waktu tidur bangun jam 4 pagi, janji boleh berjimat. Masak je menu mudah dan ringkas untuk sarapan serta lunch, jadi perut kenyang dan tak sakit hati bayar mahal². Lagi pun Mas tengah berdiet, jadi memang lebih elok masak sendiri!

Nampaknya pihak kerajaan kena perjelaskan lagi pasal SST ni, sebab tak nampak sangat perubahan harga tu. Macam sama je masa zaman GST dulu, tapi tak taulah kalau peniaga yang lebih ambik kesempatan. Memanglah kita tak boleh sangat nak barang tu terlalu murah tapi biarlah setimpal harganya, jangan jadi macam kes nasi kosong dan tempe tu. Berkali ganda harganya naik bila ada SST! 



Jadi pandai²lah kita berjimat, sebab cukai tu apa pun memang tak akan dihapuskan camtu je. Cuma kalau rasa harga yang dikenakan tak berapa munasabah, laporkan pada pihak berwajib. Biar mereka yang sewenang²nya naikkan harga tu tanpa ikut syarat dikenakan tindakan, jangan kita berdiam!

1 ulasan:

  1. masih on track lahh kakak kita, buatlah ig pinggan sihat kak mas

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com