Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 3 September 2018

Dua bulan lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Terima dah surat dari sekolah untuk Hari Orientasi dan Ujian Diagnostik Tahun 1 2019 nanti. Haaa tersama pulak dengan tarikh birthday dia!

Nampaknya hanya 2 bulan je lagi untuk Airis buat persediaan, kena banyak buat latihan ni. Mas ingatkan dalam bulan 12 baru ada ujian tu, rupanya pihak sekolah buat awal. Yelah mungkin sekolah nak buat persiapan awal untuk anak² tahun satu ni, nanti bulan 12 mak ayah dah sibuk nak buat persiapan persekolahan. Jadi takdelah kelam kabut nak fikir pasal ujian lagi masa tu, dah selesai awal kan. 


Seperti yang Mas cerita dalam entri Persediaan Airis ke tahun satu ni, memang sekarang Mas dah mula bagi dia buat latihan soalan² linus tu. Setakat ni untuk kertas BM dia takde masalah, dah boleh baca arahan dan jawab soalan dengan baik. Cuma untuk kertas BI je dia agak lemah sedikit, masih kurang lancar nak sebut sesuatu perkataan tu. Tapi kalau Mas tunjuk gambar dan tanya dia apa sebutan dalam BI, dia tahu. Bila suruh eja dan tulis tu yang dia tak reti sangat lagi. Kena banyak buat latihan ni!

Untuk Matematik pulak, Mas masih belum bagi dia buat. Tapi kalau tengokkan contoh soalan tu takdelah susah sangat, harap Airis boleh faham arahan dan mampu jawab. Lagi pun di Pra Sekolah dia dah banyak belajar, sedikit sebanyak ianya membantu. Satu lagi kitalah sebagai mak ayah kena banyak bagi anak² buat latihan, supaya dia mahir dan boleh jawab soalan² masa ujian sebenar. 

Airis ni memang Mas kena selalu bagi dia latihan, sebabnya dia tak berapa faham arahan sangat. Yelah dia masih belum dapat membaca dengan agak lancar, baca tu boleh cuma kena eja satu². Jadi nak fahamkan dia, latihan yang akan membantu, supaya bila ujian sebenar nanti dia dah tahu corak soalan tu camne. 

Alaaa baru darjah satu, tak perlulah risau sangat. Memang ada yang cakap camtu, tapi bagi Mas ianya penting untuk permulaan persekolahan anak² kita. Bukanlah Mas nak dia dapat kelas terbaik, dia dapat membaca dan menulis dengan lancar pun dah syukur bagi Mas. Nanti dia belajarlah perlahan-lahan untuk lebih menguasai kan, yang penting kita ada ikhtiar nak bantu anak². 

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com