Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 17 September 2018

Farm In The City : Petting Zoo dalam bandar

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak susah nak gembirakan hati anak² ni, bawak je mereka ke tempat yang ada haiwan. Bukan anak² je seronok, mak ayah pun tentu teruja sama. Nak lagi seronok pergi ke Petting Zoo macam kat Farm In The City ni, haaa boleh bermesra dengan haiwan² jinak kat situ. Jom Mas bawak korang meneroka ke Farm In The City ni!



Terletak di Seri Kembangan, korang waze je Farm In The City pasti kan jumpa. Kalau dari rumah Mas di Salak Tinggi, dalam ½ jam je nak ke sana. Mas dah pernah pergi sekali ke sana tahun 2015, tapi semalam Mas pergi bersama kawan² blogger KBBA9. Fuhhh memang meriah, selain anak² seronok dapat jugak jumpa rakan² blogger dan rapatkan ukhwah antara kami. 

Farm In The City : Petting Zoo dalam bandar
Ia dikenali sebagai Petting Zoo sebab kebanyakan haiwan kat sana adalah haiwan² jinak yang boleh disentuh, dipegang dan diberi makan. Memang sangat sesuailah bawak anak², di samping tu mereka boleh jugak kenali haiwan² tu dengan lebih dekat. Harga tiket nak masuk ke FITC ni berpatutan sangat, berbaloi dengan pengalaman yang korang dapat. Ini harga tiketnya:


Ada jugak My Kad Promotion Family Package

Waktu operasi pulak adalah seperti berikut:
i. 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa;
ii. 9.30 pagi hingga 6 petang pada hari minggu dan cuti umum/cuti sekolah; dan
iii. Tutup pada hari Selasa kecuali hari tersebut adalah cuti umum dan cuti sekolah.

Pastu dalam tu tak perlu risau kalau nak makan atau minum, ada disediakan kafe yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Kemudahan tandas dan surau pun ada disediakan, pastu kedai cenderamata pun ada kalau nak beli sesuatu sebagai kenangan. Parkir kereta pun luas, tapi kena datang awallah kalau nak dapat parking dekat. 


Aktiviti menarik dalam Farm In The City
Aktiviti utama sudah tentulah bermesra dengan haiwan² jinak seperti kura² gergasi, arnab, hamster, ayam, burung, iguana, kuda, rakun, skunk, llama, parrot, ikan dan lain². Kalau nak bagi makan haiwan² ni banyak kali mereka ada jual makanan, satu baldi RM10. Pastu ada jugak vending mesin menjual makanan pallet, berharga RM2. 






Selain itu ada jugak aktiviti Parrot Live Show, ada 2 sesi iaitu jam 11.30 pagi dan 3.30 petang. Seronok tau tengok pertunjukan ni, semua parrot tu bijak sangat. Memang mereka dilatih setiap hari oleh pelatih, katanya makan masa 3-6 bulan untuk latih mereka bercakap, berlakon dan lakukan pelbagai akiviti. Ni seekor parrot yang buat pertunjukan semalam, namanya Tom. Pandai betul dia berlakon, over acting sangat! Hehehee tengok video ni, comel je kan?


Pastu ada jugak aktiviti Pony Ride untuk kanak², harga tiket yang dikenakan RM7 seorang. Hanya kanak² yang lebih 60cm dibenarkan menaiki kuda padi ni, dan kalau orang dewasa nak naik boleh jugak tapi berat badan mestilah bawak 40kg. Nanti bila naik tu akan di bawak berjalan satu pusingan, dan boleh jugak nak ambik gambar sebagai kenangan.


Lagi satu ada jugak aktiviti Longkang Fishing, haaa yang ni percuma je. Anak² boleh tangkap ikan di dalam longkang seberapa lama yang mereka suka, tapi lepas tangkap tu ikan tersebut kena dilepaskan semula. Tak boleh bawak balik tau! Tapi bukan anak² je yang teruja, mak ayah pun sama seronok dok tangkap ikan tu. Ada yang sampai bersorak riang bila dah dapat, hehehee!


Yang menarik jugak di FITC ni, lepas korang dah habis jalan² kat dalam tu di luar ada Free Kampung Games. Haaa bolehlah uji kepandaian dan kecekapan korang main permainan ni seperti Coconut Bowling, Leader Toss dan Teng Teng. Hehehee best tau, mainlah banyak kali sampai berjaya!


Haaa seronok kan, macam² aktiviti ada dan memang tak bosanlah bila ke Farm In The City ni. Pastu boleh dapat sijil jugak tau untuk semua yang pergi, boleh simpan sebagai kenangan yang korang dah pernah ke sana. 


Ini maklumat mengenai Farm In The City Seri Kembangan.

Telefon: 03-89412099

Alamat
Lot 40187-40188
Jalan Tropika Barat
Bandar Putra Permai
Putra Permai, Seri Kembangan



15 ulasan:

  1. Nampak best sangat mas.. Lama tahu tempat ni tapi masih belum berpeluang pergi.. Bila baca post ini terus rasa nak pergi dalam masa terdekat.. Apa pun letak dulu dalam wishlist tempat yang akan dikunjungi..

    Thank you for sharing..

    BalasPadam
  2. orang dewasa pun suka pegi sini kanak2 lagila hehe.. ritu pegi nak pegang raccoon x dapat sebab ramai sangat orang. eee geram dahla gemok !!

    BalasPadam
  3. Best sangat p sana. Sampai budak2 ni keletihan laa

    BalasPadam
  4. Salam, wow, bestnya, memang teringin sangat nk ke farm in the city. Banyak betul aktiviti menarik dapat dibuat. Jom lah jenguk blog ida pula www.idawidyani.com

    BalasPadam
  5. Seronok kan kak mas. semalam sempat salam dgn kak mas. nampak lagi muda dari dalam gambar. hehe

    BalasPadam
  6. memang takkan bosan..best sangat..pergi satu tempat ke satu tempat, banyak binatang ada..hehee

    BalasPadam
  7. wah,nampak menyeronokkan..

    btw,singgh sini dan follow..jemput singgah :D

    BalasPadam
  8. memang best datang sini, berbaloi i datang dari jauh, hehe.. Anak2 pun enjoy, byk haiwan yang tak pernah jumpa, ada di sini.

    BalasPadam
  9. seronok. bukan budak je letih, bapak budak pun menguap x henti. last2 mak budak kena drive balik. hahahhahaha

    BalasPadam
  10. anak having fun bercuti di Farm In The City..bolehlah repeat datang lagi

    BalasPadam
  11. bolehlah bawa anak-anak ema pula lepas ni..hari tu tak dapat nak join sekali...

    BalasPadam
  12. Boleh masukkan dalam list untuk family kitorg nti

    BalasPadam
  13. anak sha paling suka naik kuda padi...hihihi

    BalasPadam
  14. Seronok tengok kambing. Area Savanah tu paling best, semua anak beranak happy. Kambing dan rusa pun sakan jugak pantang nampak orang bawa makanan hehe

    BalasPadam
  15. beraninya dia pegang kura-kura tuuu. hahaha aunty nk bg mkn pun takut-takut

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com