Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 13 September 2018

Jom kembali bersenam!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah sehingga ke hari ni dah dekat 3 minggu Mas amalkan pemakanan bersih dan sihat. Masih istiqomah dan tidak tersasar dari landasan, tertipu sikit sekali seminggu tu ada jugaklah. Tapi tidak mengikut nafsu ye, tipu untuk lepaskan gian je. Hasil dari kawal dan jaga makan tu Mas berjaya kurangkan hampir 4kg, memang tak banyak tapi ada penurunan. 


Bila dah jaga makan ni baru badan rasa lebih ringan dan bermaya sikit, kalau tak asyik malas dan lemau je. Jadi bila badan dah cergas barulah Mas rajin nak mula bersenam, baru ada semangat. Sebab tu Mas tak nak terburu² seksa diri, Mas jaga dan jaga makan dulu. Badan dah segar barulah mula bersenam kembali, barulah tak sakit badan nanti. 

Jadi hari ni sesi bersenam Mas bermula, hanya di rumah je tau. Takde aihhh Mas nak ke gym, kekangan keadaan dengan si kecik Aiyra tu kan. Alaaa bersenam di rumah pun menjadi tau, sejam buat dah berpeluh sakan kau. Cuma buat masa ni Mas bersenam waktu malam, pukul 8 dah mula. Nak buat petang lepas kerja memang tak sempat sekarang, kena utamakan Aiyra dulu. Sebelah malam tu perut dia dah kenyang, bolehlah abang kakak jagakan sambil dia dok asyik main. Mas habis senam dalam pukul 9 lebih camtu, baru Mas bagi susu dan tidurkan dia. 

Malam ni Mas mulakan dengan buat cabaran squat, untuk hari pertama ni buat 50 kali dan setiap hari akan ada penambahan 10 kali. Pastu buat senaman untuk kecikkan lengan dan kempiskan perut serta senaman kardio sikit. Mas buat semua ni 3 set, 1 set sebanyak 15 kali. Untuk penutup Mas buat senamrobik santai², ajak Arfan dan Airis joget sekali. Hehehee seronoklah depa dapat bersenam dengan mama. 


Haaa Mas buat senaman santai² je, janji keluar peluh dan buat lebih kurang sejam. Lepas dah bersenam ni rasa bertenaga pulak badan, mana taknya dah lama tak keluar peluh kan? Sebenarnya yang penting nak diet ni kita jaga makan dulu, senaman tu 20% je. Pastu buat senaman ikut kemampuan kita, jangan paksa diri kalau tak larat. Biarlah proses nak kurus tu lambat janji kita buat dengan cara sihat dan selamat!

1 ulasan:

  1. waaa suka laaa cara akak...nak tiru gak la nanti..nak kena turunkan berat gak ni...hadoii..skang fasa jaga makan lagi..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com