terkini dan sensasi

Selasa, 18 September 2018

Kes digigit kat taska

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni ambik Aiyra di taska sekali lagi ada kesan kena gigit, kali ni kat tangan pulak. Sebelum ni dah pernah kena, 2 gigitan sekali kat peha dan lutut. Haishhh menyirap jugak darah bila tengok!


Bukanlah Mas nak marah budak yang gigit tu, sebab khabarnya budak tu baru umur setahun lebih. Umur camtu bukan tahu apa kan, dia nampak lengan dengan kaki Aiyra tu macam makanan je agaknya. Lagi pun umur gitu jugak anak² nak explore penggunaan gigi dia, apa yang boleh digigit dia akan gigit. Jadi memang Mas tak salahkan budak tu!

Cuma Mas tak puashati dengan pihak taskalah, takde inisiatif nak halang benda ni dari berlaku. Patutnya pantaulah anak yang suka gigit orang tu, kalau boleh jangan bagi dia dekat dengan bayi sekecil Aiyra tu. Mesti boleh kawal punya sebab mereka hanya habiskan masa jaga anak² ni di taska je. Lagi pun perkara ni dah banyak kali berlaku, patutnya lebih alert kan?

Lagi satu kalau tak sedar perkara ni terjadi atau tak dapat dielakkan, maklumlah pada ibu bapa anak tu. Jangan diam je seolah takde apa yang berlaku, bila ibu bapa ambik anak barulah ternampak. Macam Mas memang dah wajib tengok seluruh badan Aiyra lepas ambik dia dari taska, nak tengok mana tau ada kecederaan ke. Masa tengok tulah terperasan ada kesan gigitan kat tangan Aiyra.


Kali ni gigitan tu agak teruk, sampai luka dan bengkak. Nampak dalam jugak luka tu, berkesan gigi budak tu kat lengan Aiyra. Haihhh sedih betul bila tengok, mesti dia meraung kesakitan masa kena gigit tu. Mas dah suruh husband cakap kat pihak taska supaya lebih alert sikit, bukannya nak marah. Tapi kalau tak cakap nanti depa buat macam takde apa berlaku je, kita yang sakit hati.

Mas memang tak boleh nak cakap nanti tak boleh kawal marah, kang jadi lain pulak. Bukannya Mas nak kondem pihak taska 100%, cuma berharap sangat moga kejadian digigit ni tak berulang dah!

5 ulasan:

  1. Betul, sepatutnya cikgu kat taska itu kena pantau kanak-kanak. Najihah pun geram rasa.

    BalasPadam
  2. semoga ini yang terakhir terjadi kepada Aiyra..

    BalasPadam
  3. mak aih tinggal kesan sampai lebam dan dalam lagi tu..patut pihak taska bagitahu bukan diam.

    BalasPadam
  4. alaaaa kesiannya mesti sakit tu. susah taska tak alert sangat ni

    BalasPadam
  5. Ya Allah, sian Ayra. Cikgunya pun kene alert la. Dah tau budak tu suka menggigit. Aduh!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com